Sunday 15 May 2011

Pendahuluan zulaikha
a. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi.
b. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kejayaan Malaysia di peringkat dunia. c. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi.
d. Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya?
e. Mengapakah hal ini boleh berlaku?

Isi 1
a. Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku.
b. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas.
c. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii.
d. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin.
e. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Isi 2
a. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku.
b. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.
c. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif.
d. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas.
e. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. f.Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka.

Isi 3
a. Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku.
b. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya.
c. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.
d. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat.

Isi 4
a. Sementelahan itu, keluarga yang terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak juga menjadi punca masalah ini.
b. Hal ini kerana anak-anak yang terlalu bebas biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan .
c. Keadaaan ini mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah pengaulan bebas dan mengamalkan hubungan seks
bebas. d.Intihalnya, kebabasan yang diberikan oleh ibu bapa telah digunakan untuk melakukan gejala negatif seperti pembuangan bayi.

Penutup
a.Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku.
b.Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang efektif sebelum
keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara. c.Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

we are the only one ! :)

Sunday 8 May 2011

KEMALANGAN JALAN RAYA - Zuraini

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.
we are the only one ! :)

Isu Dadah(nadya)

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang
mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau
nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,
ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian

serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,
kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu
dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan
mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah
merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang

fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan
khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang
berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah
dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar
Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua
pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.

Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini.Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan
pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan
bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama
mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,
pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa
atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan
penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha
terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan
dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan
mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan
dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat
ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.
we are the only one ! :)

Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja - Zuraini

Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja Julai 18, 2007 — mindabahasa Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.
we are the only one ! :)

poem(nadya)

A Real Friend

If I could take a minute
To help you understand
I am a better person
Because you are my friend.

And it really doesn't matter
If we're together or apart
For I swept you up into my hands
And placed you in my heart.

And if at any moment
You ever start to doubt
There's a special bond between us
That I can't live without.

You truely are the answers
To many of my prayers
When I told God I needed
Someone who really cares.

Someone to stand beside me
To help comfort and to cope
To remind me that there's always
Some room for one to hope.

You've helped me through some things
That no one could help me through
I never knew what friendship was
Until I first met you.

And if I had one simple wish
It would surely be
That God would keep you in my life
Throughout all eternity.

And now I hope you realize
Just how much you mean to me
You are the definition
Of what a real, true friend should be.
we are the only one ! :)

poem(nadya)

Life Without Friendship

Life without friendship
is like the dawn without the sun.
Life without friendship
is like the sky without the moon
when the evening has begun.
Life without friendship
is like a rose without rain.
Life without friendship
just wouldn't be the same.
Life without friendship
is like a ship without a sea.
Life without friendship
just could not be
without a friend like you for me.
we are the only one ! :)

poem(nadya)

I wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen?

Who taught the birds to build a nest,
And told the trees to take a rest?

O, when the moon is not quite round,
Where can the missing bit be found?

Who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about?

Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy clouds so high?

Why is it now, do you suppose,
That Dad won’t tell me, if he knows?
we are the only one ! :)

Asma ul Husna


we are the only one ! :)

essay

Our house is along a busy road.In front of or house is a wall which runs along the road. One night while we were watching TV we heard a loud crash. It sounded like an explosion. We quickly rushed out to have a look. We were shocked to see that two panels of the wall in front had collapsed in a pile. The road was in full view. We could see many cars slowing down and soon there was a traffic jam. We went to the road and saw a car had smashed into the wall.

The engine of the car was on the road. The driver was still in the car. Many people tried to get the driver out. Someone called the ambulance. Soon we heard the siren of a police car and after that an ambulance. A crowd soon gathered. The police tried to control the traffic but curious drivers slowed down to have a look at the accident. That made the traffic worse.

I heard people explaining what had happened. There were many different explanations. Some said that the driver was drunk, other said he was trying to avoid a cat and yet others said he was speeding and skidded. Whatever the reason i felt sorry for the driver. The ambulance took him to the hospital. No one knows whether he lived or died. There was nothing in the newspapers the next day.-najmi
we are the only one ! :)

essay

Rosa Parks has a special place in U.S. history as the mother of the civil rights
movement. In 1955, the black woman refused to relinquish her seat on a bus to a white
man in Montgomery Alabama, a violation of existing Jim Crow laws. This act of civil
disobedience became the spark that ignited the masses during the 1950’s and 1960’s in
protesting the racial inequalities. Although racism was and had been rampant in the
South, the laws that called for racially segregated seating on public transportation were
not enacted because of racial prejudice. Racial bias was centuries old but segregated
seating on buses in the South was a relatively new phenomenon that began in the late
19th and early 20th centuries. Most city transit systems were under private ownership at
this time and the proprietors of these systems had no financial reason to impose
segregation. The transit owners may themselves have been racists but they were in
business to earn money and they certainly could not profit by alienating much of their
transit patrons. The government, today widely viewed as a body that finds solutions to
such social problems, was the entity that created this problem in the first place.
Politics instigated the segregation of the races. The social pressures that
motivated the political process are very different from motivations that drive the
economic process. The Jim Crow laws that disenfranchised black voters ensured that
only white opinions mattered in the political process. An overwhelming majority of the
white voters was not needed to mandate racial segregation. If the minority of white
voters wanted segregation while others didn’t have an opinion either way on the subject,
this was adequate political clout because black opinion was of no significance in the
political arena after they lost the ability to vote. The motivations of the politics conflicted
with incentives of the economic system. Private owners of Southern transportation -najmi
we are the only one ! :)

Saturday 7 May 2011

SCIENCE:EAR (izzati)

The Pathway of Sound Movement in The Ear
ear pinna > auditory canal > eardrum > ossicle >
oval window > cochlea > auditory nerve > brain.
we are the only one ! :)

THE MOST BEAUTIFUL ASMA UL HUSNA


we are the only one ! :)

KARANGAN:PERBINCANGAN (izzati)

Di negara kita terdapat banyak bangunan bersejarah.Kebanyakkannya bangunan ini dibina sejak beratus ratus tahun dahulu.Sudah tentulah bangunan-bangunan ini mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri.Sehubungan dengan itu adalah wajar bangunan ini dipelihara dan dikekalkan.
Dari segi binaannya,bangunan-bangunan ini mempunyai ciri-ciri yang unik.Di kebanyakkan bangunan ini,terdapat ukiran-ukiran yang halus dan tinggi mutu seninya.Ukiran-ukiran ini tidak terdapat lagi pada bangunan-bangunan seni binaan moden.
Bangunan-bangunan lama ini merupakan peninggalan sejarah.Bangunan ini bukan sahaja menjadi bukti kesan penjajahan malah ada juga yang menjadi bukti luasnya hubungan negara kita dengan negara-negara luar.Hal ini dapat kita lihat pada seni binaan dan reka bentuk bangunan-bangunan itu.Kebanyakkannya dipengaruhi oleh seni bina Arab,Parsi,Cina,Portugis,India dan Belanda.
Dengan ada ciri-ciri unik pada seni binanya dan nilai sejarahnya,maka sudah tentu bangunan-bangunan ini menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong.Para pelancong bukan sahaja dapat melihat dan mengkaji kesan-kesan sejarah tetapi juga dapat menikmati kehalusan seni.
we are the only one ! :)

Wednesday 4 May 2011

ciri ciri pelajar cemerlang (izzati)

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!' Jangan bersikap pesimistik Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu. Kesedaran memikul tanggungjawab Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai. Tumpuan sepenuh hati Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri. Mulakan dari awal Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan. Sentiasa bersedia Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!' Lengkapkan peralatan Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan

semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'? Tepati waktu belajar Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran. Dapatkan bantuan guru Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu. Hormati guru Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu. Bersoal jawab dengan guru Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoaljawab'. Beri pandangan membina Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakanrakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar. Berbncang dengan rakan Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran. Siapkan tugasan yang diberi Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Tubuhkan kumpulan studi Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang. Sering masuk perpustakaan Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu.

Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran. Baca akhbar Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis. Menonton rangcangan yang sesuai Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa. Lakukan peperiksaan kendiri Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandaipandailah cari ubatnya. Sediakan jadual waktu Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi. Sertai ceramah motivasi Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri. Sertai seminar peperiksaan Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna. Beli buku rujukan Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan. Masuk kelas tuisyen Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. Lawatan ke pameran buku Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)

26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab. Sanggup manghadapi cabaran Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri. Jaga keselamatan diri Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan. Jaga kesihatan fizikal Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan. Makanan seimbang Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. Malu bertanya sesat jalan Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Sembahyang Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing. Doa Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. Tawakkal Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
we are the only one ! :)

beautiful alfatihah


we are the only one ! :)

Sunday 1 May 2011

rahsia dan memori kejayaan melalui Al-Quran - Zuraini

Kini, terdapat banyak kaedah atau skill yang diguna pakai oleh para pelajar untuk belajar dan berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang menggunakan peta minda, diagram, study group dan sebagainya.



Share Motivasi ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari video di you tube mengenai 'Secret of Memory' oleh Dr Zakir Naik.

Pertama, Allah menyebut dalam Surah al-Imran, ayat 160:

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."

Walau apa pun kita lakukan, jadikanlah segala pekerjaan kita segala-galanya bertawakal kepada Allah swt. Menyerahkan diri sebulat-bulatnya hanya kepada Allah swt. Jika kita cemerlang dalam pelajaran, bertawakallah hanya kepada Allah agar kita berjaya di dalam pelajaran.

Kedua, Allah menyebut dalam surah al-Ankabut, ayat 69:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Penting disini untuk kita memahami konsep seperti ayat diatas iaitu konsep berusaha. Allah akan memberikan kita rezeki jika hanya kita berusaha kearah impian yang kita ingin kecapi. Tidak mungkin kejayaan itu datang bergolek-golek tanpa sebarang usaha untuk mendapatkannya.

Ketiga, Allah menyebut dalam surah al-Nahl, ayat 43:

"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."

Jika anda tidak mengetahui sesuatu perkara, maka bertanyalah kepada orang yang berilmu dan ia merupakan teknik kita untuk memahami dan meningkatkan ilmu kita.. Jangan kita berlagak seperti bodoh sombong, tidak tahu tapi enggan untuk bertanya untuk mengetahui. Cuba kita perbaiki teknik hafalan dan pembelajaran kita. Bertanya kepada rakan yang lebih hebat atau kepada guru-guru kita untuk mengetahui skill-skill mereka.

Kita perhatikan 3 key word diatas- TAWAKAL+USAHA+TEKNIK.
Praktikan dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah, akan berjaya.

Yang terakhir, amalkan doa dibawah. Dipetik dari ayat alquran dari surah Taha, ayat 25- 28.

   
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

we are the only one ! :)

pembelajaran (izzati)

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
 
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
  LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
  TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
 
Suasana / Tempat Belajar
  • Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
Memilih Masa Yang Sesuai
  • Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  • Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran Di Sekolah
  • Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
Membaca, Memahami dan Menghafal
  • Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  • Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  • Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-


Mengandungi semua maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat
 
Kesungguhan Belajar
  • Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  • Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  • Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  • Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  • Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
  LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
Kerana Gangguan
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
Tumpuan Perhatian
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
Faktor Masa
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
 
 
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
Minat
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
Pilihan
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
Ulangan
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
Assasiasi
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.
 
PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
 
 
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan  nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
 
 
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
 
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang  tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
 


we are the only one ! :)

strategi belajar (izzati)

Slide 2
DEFINISI Strategi belajar ialah satu prinsip, teori, cara atau kaedah tertentu yang membolehkan seseorang pelajar belajar dengan lebih berkesan. Menurut Zulkifli Ismail et. al, 1993, strategi belajar bermaksud belajar dengan cekap, menggunakan tenaga yang paling minimum untuk memperoleh hasil yang maksimum. Berkesan, bermaksud meninggalkan (menunjukkan) kesan.
Slide 3
TIADA MATLAMAT Keliru Ketakutan Bingung Bimbang Tertekan Putus Asa
Slide 4
PULAU HARAPAN… Ada halatuju Relaks Ada harapan Ada motivasi Ada matlamat Yakin diri
Slide 5
Strategi Belajar Berkesan Pembinaan Matlamat Telah bersedia Praktikkan kemahiran belajar Bertanya Doa & Tawakal
Slide 6
PEMBINAAN MATLAMAT Cita-cita kerjaya Membalas jasa keluarga Membina nasib anak bangsa
Slide 7
Keadaan yang bersedia Fizikal Mental Emosi stabil
Slide 8
Praktikkan kemahiran Belajar
Slide 9
Kemahiran membaca Prapembacaan Luncuran Imbasan Membaca dengan teliti Membaca kritis Membaca kreatif
Slide 10
Kenali gaya belajar Auditory Visual Kinestetik Mneumonik Chunking SISWA IMAM Besar 5916832549 = 591 683 2549 SQ3R
Slide 12
Diskaun Kalau kamu pergi Kota Tinggi Beli seluar di Tanjung Sedili 100 ringgit harga termetri 20% diskaun diberi 20% diskaun diberi 20/100 X RM 100 Berapa duit perlu kamu bagi Jika diskaun diberi RM20 Harga asal tolakkan diskaun RM100 tolak RM20 RM80 harga sekarang Cepat bayar kalau nak pakai seluar.
Slide 13
SURVEY : Membuat gambaran awal dengan membaca perenggan pertama dan perenggan terakhir. QUESTION : Soal diri sendiri apa yang difahami daripada pembacaan. READ : Membaca dengan aktif, iaitu cuba memaham isi, menyoal, membincangkan dan merumus. RECALL : Mengingat dan menerangkan dengan perkataan sendiri apa yang difahami daripada pembacaan. REVIEW : Membaca sekali lagi untuk memastikan pemahaman dan ingatan. SQ3R
Slide 14
Carta alir Jadual Gambarajah Mneumonik Peta minda Peta konsep
Slide 15
Malu bertanya sesat jalan. Bertanya untuk mendapatkan penyelesaian dan pemahaman yang betul.
Slide 16
DOA & TAWAKAL “Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakan kami dengan cahaya kefahaman, bukakan pengertian ilmu pada kami dan bukakanlah untuk kami pintu-pintu anugerah-Mu, wahai Zat Yang Paling Penyayang.” “Wahai Tuhan! Kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
Slide 17
Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, begitu juga sekiranya hari ini kamu berjaya itu bukanlah bermakna kamu akan terus berjaya sekiranya usaha tidak terus dipertingkatkan. Untuk menempah kejayaan hari esok kamu perlu mengorak langkah yang teratur dan mempunyai strategi yang mantap. SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG.

we are the only one ! :)

PUNCA-PUNCA GEJALA PEMBUANGAN BAYI - Zuraini

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. 

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. 

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. 

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. 

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. 

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian. 

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang. 

we are the only one ! :)

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG(izzati)

PENDAHULUAN

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya.  Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan.  Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba.  Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang.  Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka. 

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu.  Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan.  Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani.  Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA".  Melangkah dengan fikiran yang positif. 

                                
     

                           PERSEDIAAN FIZIKAL


                           KESIHATAN


Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

                           Tidur yang cukup. 

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

                           Jaga pemakanan. 

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

                           Riadah. 

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

                                

                           KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.



                           PERSEDIAAN MENTAL


                           Pelbagai Gambaran Negatif


Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

                           Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

                           Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.

                           Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi 

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak.  Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


                           Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda. 

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

                           "Something is better than nothing"

                           Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

                           "If you can't see it, you can't have it".

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran.  Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran.  Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini.   Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.  Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk
                           merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.

1.Duduk dikerusi anda dengan selesa.  Tangan diletakkan diatas peha.  Badan tidak bersandar.  Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam.  Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.  Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri.  Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.  Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu.  Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.  Dimana iaberlaku?  Apa yang berlaku?  Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu.  Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda.  Dengar suara yang ada dengan jelas.  Rasakan apa perasaan anda ketika itu.  Rasakan keseronokan anda pernah dipuji.  Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan.  Biar terasa sedikit sakit.  Buka mata anda, dan pejam kembali.  Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.  Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan.  Rasakan ketenangan dalam dewan.   Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar.  Rasakan kegembiraan itu.  Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan.  Ide keluar mencurah-curah.  Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM).  Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

                           6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari.  Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. 

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda. 

                              
                           PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi.  Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

                           Pertengkaran dengan rakan-rakan;

                           Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
                                     
     Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat  
     peperiksaan;

                           Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

                           Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka.  Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.   Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda?  Anda mungkin serta-merta menjadi marah.  Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda?  Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati.  Kalaulah begini  tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda?  Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.  Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat peperiksaan anda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.  Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif.  Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.  Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.
                               


                           PERSEDIAAN ROHANI


Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.  Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah  lah yang menentukannya.  Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

                           Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah.  Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.  Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa.  Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul.  Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.  Hati yang  banyak berzikir akan memperolehi ketenangan.  Hati juga  lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.   Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat.  Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.  Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.  Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa.  Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.  



                           MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

                           Saya tidak tahu dimana patut bermula.

Jangan panik.  Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan.  Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan.  Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan.  Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya.  Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan.  Anda mungkin  tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh
guru atau pensyarah.  Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.  Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda.   Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu.  Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu.  Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar  anda.


Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Buat tinjauan.   Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik.  Kenalpasti topik-topik penting.  Fahami  konsep-konsep penting.  Pastikan topik yang anda maih belum faham.  Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu.  Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa.  Kalau anda masih sempat  membacanya, maka bacalah dengan terperinci.


Subjek ini cukup membosankan.  Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya.

Belajar secara aktif bukannya pasif.  Gunakan kaedah membaca yang berkesan.  Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik  yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji.  Pelbagaikan aktiviti ketika belajar.  Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan.   Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang  dibaca.  Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda.  Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan. 


Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.

Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui.  Gunakan beberapa pendekatan untuk  mengingat seperti:

                           Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
                           Gunakan Teknik Ceraian.
                           Gunakan Teknik Mnemonik.  
      Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama
      anda kemana sahaja.  Kerapkan buat imbasan terhadap kad-
      kad ini.



Anda rasa anda faham apa yang dibaca.  Anda rasa anda telah mengingatinya.

Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan.  Uji ingatan dan pengetahuan anda.  Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya.   Bina  soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana?  Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti:

                                     Bila Melaka diserang?
                                     Kenapa Melaka diserang?
                                     Siapa yang menyerang?
                                     Bagaimana Melaka diserang?


                           Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.

Penyusunan maklumat.  Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik.  Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:

Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya.  Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut.  Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang ada.  Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan).  Pemetaan maklumat.  Cuba lakarkan peta konsep bagi  menyusun bahan-bahan yang ada perkaitan.  Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang  semua negara yang terlibat.  Kemudian senarai isu penting  atau peristiwa penting disebelah carta tersebut.  Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.


                           Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?

Sering buat imbasan.  Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam.  Oleh itu anda perlu merancang satu  strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.  

Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan.  Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya.  Ada ketikanya fakta yang panjang  sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan.  Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini.   Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami.  Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu  memanggil semula maklumat tersebut.  Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal.  Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi  ingatan anda.  Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke  semasa.  Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan. 


                           Anda suka belajar disaat-saat akhir.

Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir,  sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga.  Pendapat di atas adalah tidak benar.  Anda perlu belajar seawal mungkin bagi  mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab.  Dengan belajar  awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan.   Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan.  Lagi  kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi  untuk anda memahami dan mengingatinya.  Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang.  Mulakan sedikit dahulu.  Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.



                          BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN


Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan usaha mereka.  Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan.   Mereka tidak merancang jadual  belajar dan masa mereka dengan betul.  Artikel ini akan  membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang
hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka  yang terbaik.

                          Bersedia untuk belajar


Peperiksaan semakin hampir.  Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti.

Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan.  Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji.  Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM.  Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting.  Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara  gading.  Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi,  Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan).  Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.

Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan  markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran.  Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit.  Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran.


                          Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan

Jangan panik.  Itu adalah pesan saya yang paling utama.  Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik.  Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.  Tidak ada masalah tanya penyelesaian. 

Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas.  Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran.  Senaraikan bab-bab ini.  Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.

Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas.  Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya.  Bab-bab ini  merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.

Buatkan jadual perancangan belajar anda.  Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan.  Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu  terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti.  Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu.  Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah.  Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah.  Anda mungkin
terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran.  Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan.  Anda mungkin belajar 1 jam di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam.  Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.


                          Mengingati Tajuk


Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini.  Kalau anda mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu  matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.


                         Buatkan Nota

Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk.    Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya.  Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa.  Cara belajar begini bukan sahaja menjemukan  malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota  ringkas.  Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami.  Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang   tertinggal.

Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya.  Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal.  Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada.   Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.







                          Latih diri anda untuk peperiksaan


Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan.  Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik.  Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain.  Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat.  Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'.  Begitu juga dengan peperiksaan.  Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.


                         Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan 
   tepat.

                                    2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.

                                    3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.

4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang 
   berkesan.


<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Latih mengeluarkan maklumat

Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan  semula.  Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari.  Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Menjawab soalan-soalan;
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Mengadakan perbincangan dengan rakan;
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Menyediakan kad imbasan kecil.
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada.  Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep.  Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.


<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Hadkan masa menjawab

Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan.  Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu  mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan.  Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.

Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian.  Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti  dalam peperiksaan.


<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Anggap seperti peperiksaan sebenar

Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah  tekanan peperiksaan yang sebenar.  Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian.  Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah).   Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang.  Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik.  Anda perlu  belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti. 


<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Strategi menjawab soalan

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.

                                   Langkah-langkah berikut dapat membantu:

                                      1.Baca arahan terlebih dahulu.
                                      2.Baca arahan terlebih dahulu.
                                      3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
                                      4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul.  Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Jawab soalan yang senang -  Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang  memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Semak - Pastikan semua soalan dijawab;  Untuk  soalan objektif, pastikan tandanya betul.

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Ulang jawab -  Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang.  Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan.  Langkah terakhir barulah ulang  jawab soalan-soalan susah.  Itu pun sekiranya  masa masih mengizinkan.

                          
                         Mencari sebab (post-mortem)

Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan.  Setelah anda selesai membuat latiha  ujian.  Semak setiap jawapan yang dibuat.  Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab.  Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah  utama yang perlu anda atasi.  Antara sebab-sebab kesalahan berlaku  ialah:

<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang.  Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham.  Tanyakan padaguru atau rakan.
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari. 
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]--> Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
<!--[if !supportLists]-->Ø      <!--[endif]-->Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda.  Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.




                          Jangan buang masa

Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji.  Sekirannya masa  yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan  maklumat.  Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda  sendiri.  Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas.   Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.

Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji.


we are the only one ! :)