Sunday 12 June 2011

CARA-CARA MENCEGAH H1N1 (izzati)

Pandemik selesema H1N1 yang melanda dunia kini sungguh membimbangkan masyarakat dunia.Virus ini menyebabkan mangsa menghidapi selesema dan batuk yang berpanjangan dan mampu membawa maut.terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk mencegah virus ini daripada terus merebak.
    
     Pertama,kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan kita dengan sabun basah dan air yang mencukupi.Amalkan kaedah membasuh tangan yang betul selepas ke tandas,sebelum makan,semasa menyediakan makanan dan pada bila-bila masa tangan kita kotor.

     Seterusnya,kita haruslah menghadkan pergerakan kita ke tempat awam yang penuh dengan orang ramai seperti di pusat membeli-belah,stesen bas dan panggung wayang.Jika tidak dapat dielakkan daripada berada di tempat awam,pakailah penutup mulut dan hidung.

     Tuntasnya,pencegahan awal mampu menyelamatkan kita daripada dijangkiti virus berbahaya ini bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment