Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal.Mereka harus diberi peluang untuk manarima pendiduka yang sempurna agar mereka dapat manuntut ilmu dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah menyediakan kelas-kelas pendidikan khas di kebanyakan sekolah.
Selain itu, pihak majikan harus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU.Hal ini kerana OKU sememangnya terkenal dengan emahiran dan ketekunan dalam melakukan sebarang pekerjaan.Gaji yang ditawarkan mestilah sama dengan gaji yang diberikan kepada pekerja-pekerja yang normal agar OKU tidak berasa mereka dipinggirkan.
Kesimpulannya, OKU mampu memberi sumbangan dalam arus pembangunan negara kita.Mereka harus diberi ruang yang luas agar mereka dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna sifatnya.
boleh copy tak?
ReplyDelete