Saturday 11 June 2011

Matematik (izzati)


               Matematik sering dikenali sebagai ratu sains dan bahasa semula jadi. Kepentingan
matematik memang tidak boleh dipertikaikan. Matematik adalah suatu bidang yang memerlukan pelaburan yang rendah berbanding bidang lain, tetapi mempunyai implikasi yang penting kepada perkembangan manusia (Prof. Gowers , 2008). Menurut Abdul Latif Samian ( 1997 ):
"Matematik dari segi tabiinya bersifat antara disiplin. Semua bidang ilmu meti memiliki sedikit sebanyak matematik, sama ada dalam sains hayat, fizik, kimia, sosiologi, bahasa, ekonomi, politik, geografi, antropologi, psikologi mahupun pendidikan. Tidak ada bidang ilmu yang tidak menggunakan langsung ilmu matematik".
Memandangkan matematik digunakan di hampir semua bidang, matematik adalah amat mustahak kepada masa depan pelajar, terutamanya kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Hal ini kerana kebanyakkan program di universiti memerlukan pengetahuan dalam matematik, contohnya sains fizikal (Kimia, Fizik, Kejuruteraan), sains kesihatan (Biologi, Psikologi, Farmasi, Optometri), sains sosial (termasuk Antropologi, Komunikasi, Ekonomi, Linguistik, Pendidikan, Geografi), sains teknologi (Sains Komputer, Rangkaian, Pembangunan Perisian), Perniagaan dan Perdagangan, Sains Aktuari, Perubatan dan lain-lain lagi.

we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment