Saturday 11 June 2011

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada akhbar tersebut.

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________________________________________________
Ketua Pengarang,              
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.                                                                               10 JANUARI 1997.
Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 1997, jam 9.30 pagi.
2.       Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan bagaimana mengendalikannya.
3.       Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.
4.       Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
    Nazimah
…………………..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. najmi
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment