Sunday 28 August 2011

diana

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
Julai 18, 2007 — mindabahasa
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untukmengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebakdalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malahmembawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalamkalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru inisememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untukmembanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa parasnegatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-parutersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberikesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melaluipengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dankadar perokok dapat dikurangkan.Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang laludi seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untukmembuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesanburuk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untukberhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
 
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji.Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok danmengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untukmenghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan danintensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya

we are the only one ! :)

Tuesday 16 August 2011

"HUKUM WANITA MENIPISKAN BULU KENING"diana

Print
ImageUntuk renungan bersama.........
Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening
Firman Allah bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang / rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)
  • Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)
  • Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
  • Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
  • Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)
  • Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.
  • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).
Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas. Wallahu a'lam..
Disediakan Oleh,
Nurizzati Bt Mohd Alip,
Unit Penerbitan Bahagian Dakwah
from:http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1076&Itemid=70
we are the only one ! :)

"KEHEBATAN AL QURAN" diana Print
ImageBila tibanya bulan Ramadhan Al Mubarak sudah pasti umat Islam akan memperingati beberapa peristiwa sirah Islam yang berlaku di dalamnya yang merupakan peristiwa agung iaitu peristiwa turunnya kitab suci Al Quran Al Karim dan malam Lailatul Qadar.
Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala Al Quran bermakna bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
            Peristiwa nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud :
            " Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
( Surah Al Baqarah : 185 )
            Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Ia dinamakan mukjizat teragung kerana kehebatannya. Antaranya ialah :
1.    Allah berfirman yang bermaksud :
" Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri."
( Surah Al Isra' : 88 )
2.    Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.    Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat
4.    Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud :
" Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar."
( Surah Al Baqarah : 23 )
5.    Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
6.    Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7.    Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud :
" Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. "
( Surah Al Baqarah : 22 )
8.    Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya :
" Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "
Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :
1.    Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
2.    Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya
3.    Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya
Beberapa peringatan untuk kita bersama :
1.    Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan
2.    Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim
3.    Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.
4.    Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah
5.    Pesan Nabi Muhammad S.A.W :
" Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "


Disediakan oleh:
Muhammad Hariz bin Haji Damanhuri
Unit penerangan & penerbitan
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor
from:http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1080&Itemid=70


we are the only one ! :)

Sebab turun Surah Al-Qadr zulaikha
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w telah menyebut temtang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat tersebut.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam Lailatul qadar. Ianya satu malam yang menyemai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah  s.a.w menyebut
Maksudnya: ‘ Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan ramadhan lebih daripada yang lainnya.
Rasulullah s.a.w melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: ‘ Nabi s.a.w apabila amsuk 10 akhir ramadhan baginda mengikat kainnya.Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
"Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lainsedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w sendiri menjadi contoh yang baik dalam menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan  pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. katanya:
Maksudnya:" Biasanya Rasulullah s.a.w berusaha dengan bersungguah-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil tersebut ialah 21,23,25,27 dan 29 dari bulan ramadhan. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam lailatuqadar  itu pernah di temui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa lalilatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.Baginda menjelaskan malam lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam  lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat islam menghayati 10 malam yang akhir daripada ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa Khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1.    Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.     Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2.     Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan   dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3.    Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Disediakan oleh:
Mohd Fairuz Bin Hamdan
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor

from:http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1081&Itemid=70
we are the only one ! :)

Tuesday 9 August 2011

TIP BERPUASA (izzati)

Pada pendapat saya saya, terdapat pelbagai tip berpuasa yang boleh kita amalkan.Antaranya ialah........
  1. Melewatkan makan sahur.
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Minum air suam.
  4. Makan makanan berkhasiat.
  5. Mempercepatkan berbuka.

we are the only one ! :)

Kesan-kesan penemaran udara kepada manusia zulaikha

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

Dipetik daripada: http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-dan-alam-sekitar/

we are the only one ! :)

Satu Malaysia (zulaikha)

    Tujuan Gagasan satu Malaysia bertujuan untuk memajukan negara dengan menyatukan rakyat. Itulah pendapat saya Jasreen Ariesha dalam hal ini. Terdapat banyak lagi tujuan seperti mana yang saya temui di laman web karangan bahasa melayu iaitu:


  “Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” adalah satu impian, satu hati, dan satu haluan untuk mewujudkan sebuah Negara maju yang aman.

HASRAT GAGASAN SATU MALAYSIA:
1. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai bagi mencapai matlamat tersebut: Ketabahan,
Penerimaan,
Pendidikan,
Integriti,
Meritokrasi,
Rendah hati,
Kesetiaan, dan
Budaya

2. Mewjudkan “bangsa Malaysia” tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapa Wawasan 2020.

3. Melahirkan sebuah Negara yang kukuh melalui perpaduan.


E-GENIUS: KUATKAN INGATAN, TINGKATKAN TUMPUAN, TAMBAH MOTIVASI

STRATEGI UTAMA UNTUK MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA:
1. Menerapkan prinsip keadilan sosial untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. Memastikan nasib semua rakyat dapat dibela dan tidak ada mana-mana pihak yang dipinggirkan.
2. Memberi keutamaan terhadap pendidikan. Setiap individu berhak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang peribadi dan geografi. Mewujudkan integrasi nasional melalui pendidikan.

3. Turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi maklumat.

4. Menjalin kerjasama serantau yang melibatkan pertukaran tenaga dan hubungan institusi pengajian tinggi.

5. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang berdasarkan merit sepenuhnya sebagai satu usaha untuk melahirkan modal insan terbaik tanpa mengira kaum.

6. Menerapkan budaya menepati masa, meningkatkan kecepan, keberanian inovasi, dan meneroka peluang ada.

7. Memupuk sikap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air tercinta, ketabahan dalam mengharungi cabaran, dan integriti dalam segala urusan.

8. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance indicators) dalam urusan kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berwibawa, dihormati, dan disegani bersesuaian dengan identiti sebuah Negara bangsa yang maju dan berjaya.



PERANAN REMAJA/ PELAJAR DALAM MEREALISASIKAN SATU MALAYSIA:
1. Belajar bersungguh-sungguh, mengenalpasti minat dan potensi diri masing-masing serta merebut peluang yang ada.
2. Bersatu-padu dan menjauhi sebarang bentuk kata-kata dan perbuatan yang boleh menyebabkan suasana yang tidak aman di sekolah dan dalam masyarakat.
3. Mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas agar masa dan tenaga tidak tersia-sia.

we are the only one ! :)

Selawat Syifa


we are the only one ! :)

Ayat kursi




we are the only one ! :)

Insyallah



we are the only one ! :)

Monday 8 August 2011

Bnd yg menghalang kejayaan.(izzati)

Semua org ingin mncapai kejayaan hidup. Semua org jgk mmpunyai bidang masing masing. Trdapat beberapa benda yg menghalang seseoang utk mncapai kejayaan.

1.Mereka yang tidak khusyuk dan lalai dalam solat.

2.Mereka yang sibuk terhadap hal orang lain, masalah orang lain, kelemahan orang lain dan terlupa memperbaiki kesilapan diri sendiri atau kelemahan diri sendiri.

3.Mereka terlalu sibuk menyalahkan orang lain sehingga terlupa kesalahan diri sendiri.

4.Mereka sibuk mencipta fitnah tentang keburukan orang lain sehinggaa mereka lupa yang mereka sepatutnya fokus untuk memperbaiki diri sendiri.

5.Mereka dengki dengan kejayaan orang lain dan berusaha apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain sedanglan mereka sepatutnya berusaha apa sahaja untuk memperbaiki kehidupan mereka sendiri.

( Zuraini Izzati )




we are the only one ! :)

Kelebihan sembahyang terawih.(nadya)

Smbhyg terawih sllunyaa dilakukan pada bulan puasa. Smbhyg terawih ialah smyg brjemaah dan boleh dilakukan dgn 8 rakaat ataupun 20 rkaat. Trdapat byk kelebihannyaa. Antaranya ialah ;

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
(Zuraini Izzati)


we are the only one ! :)