Wednesday 28 September 2011

"MELIMPAH RUAHNYA GANJARAN ALLAH"(pikah)
Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah  ayat 261:
" Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"
Berdasarkan kepada ayat di atas, satu amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan syarat bahawa amalan itu sah dari sudut syara', mengikut syarat dan rukunnya, serta ikhlas kerana Allah s.w.t akan diberikan ganjaran  paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, malahan  lebih daripada itu dengan izin Allah.  Sebagai contohnya mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran. Manakala orang yang dapat beramal di malam qadar pada bulan Ramadhan diberi oleh Allah dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu juga orang yang membaca al-Quran, akan diganjar dengan 10 kebajikan pada setiap huruf yang yang dibunyikan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah( Al-Quran ), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu akan digandakan menjadi sepuloh yang seumpamanya. Tidaklah aku mengatakan menagtakan Alif Lam mim itu satu huruf , tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huru f"
      (Riwayat At-Tarmizi )
Selain dari itu niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza  antara adat dan ibadat. Nabi s.a.w telah bersabda:
 " Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi setiap orang apa yang dia niat "
  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah s.a.w bersabda:
" Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya "
Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi bersabda:
" Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya "
Iktikaf di dalam masjid misalnya tidak semestinya melakukan sesuatu amalan baru mendapat ganjaran. Apabila seseorang itu masuk ke masjid dan berniat iktikaf lalu dia duduk berdiam diri pun sudah berhasil mendapat pahala kerana  dikira sebagai beriktikaf.
Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai riwayat yang baginda terima dari Allah Azza wajalla: Sesungguhnya Allah S.W T telah menetapkan beberapa kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan satu kebaikan, namun dia belum/tidak dapat melaksanakannya, maka Allah telah menuliskan satu kebaikan penuh disisinya.Tetapi barangsiapa berniat melakukan satu amal kebaikan lalu ia melaksanakannya maka Allah akan menuliskan 10 kali ganjaran kebaikan hingga sampai 700 kali kebaikan, bahkan berlipat ganda yang banyak sekali di sisinya. Dan barangsiapa berniat melakukan satu kejahatan, namun dia belum/tidak dapat melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang penuh kepadanya. Tetapi jika dia berniat melakukan satu amal kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatnya satu keburukan satu keburukan padanya"
        (Buhkari dan Muslim)
Setiap manusia ada malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Apabila manusia itu mati, malaikat yang mencatat amalan manusia akan diperintah oleh Allah s.w.t supaya berdiri diatas kubur si mati untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir dan menuliskan pahalanya kepada simati.
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat ( kiri dan kanan) untuk menulis segala apa yang dilakukan oleh hambanya. Kemudian apabila orang itu mati, maka Allah perintahkan kepada kedua malaikat itu dengan firmannya: " Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku, maka hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaku sehingga hari Kiamat dan tuliskan apa yang diucapkan itu sebagai pahala untuk hambaku "
         ( Riwayat At-Tabrani)
Pada satu athar ada disebutkan bahawa kedua malaikat itu melaknat simati sehingga hari Kiamat jika mayat itu kafir.
Begitu juga jika seseorang yang sentiasa beramal kebaikan lalu ia sakit dan tidak dapat melakukan amalan sebagaimana biasa maka Allah akan memberikan pahala walau ia tidak melakukannya. Ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya:
Dari Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: " Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan satu bencana pada tubuhnya, maka Allah berfirman kepada malaikat penulis amalannya: " Tulislah juga untuknya amalan-amalan solih yang biasa ia lakukan, kemudian jika Allah sembuhkannya dari penyakit itu maka bersihkan dan sucikan dari dosanya. Jika sekiranya dia mati maka allah akan ampunkan dosanya dan memberi rahmat kepadanya"
 ( Ibnu Abi syaibah, Imam Ahmad dan Baihaki)

Disusun Oleh:
Haji Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah

we are the only one ! :)

"AMALAN MEMURAHKAN REZEKI"(pikah)
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Mengingati Allah
Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)
8. Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Amal Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10. Seawal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Mengeratkan Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
we are the only one ! :)

10 SOALAN TENTANG VALENTINE?S DAY(pikah)

1)      Apa itu  "Valentine's Day"?
Iaitu  hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.Warna tema Valentine Day ialah merah, merah jambu dan putih.Merah jambu melambangkan kehalusan.Merah ialah simbol kepada kehangatan, perasaan dan hati .Manakala putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan iatu dua hati saling mempercayai.

2)      Bagaimanakah asal-usul terbitnya "Valentine's Day"?
Terdapat pelbagai  versi tentang sejarah Valentine Day.Di sini diperturunkan 2 pendapat.Satu pendapat mengatakan perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol ,iatu Saint Valentine.Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna  kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan nya Hari Valentine.
Pendapat kedua,dikaitkan dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 11 ( 268-270) .Dikatakan St Valentine enggan mematuhi arahan  dan dijatuhi hukuman.Dan didalam penjara St Valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat  cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘ From your Valentine'(daripada Valentinemu).

3) Apakah pandangan Islam tentang  sambutan Hari Valentine?
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam.".
( Dari petikan artikel laman web www.Islam.gov.my)
 Fatwa yang sama telah dikeluarkan Jawatankuasa Perunding Hakim Syarak (FATWA) Selangor yang telah bersidang pada 21 Februari 2006.
 4)      Apakah yang yang dimaksudkan konsep kasih sayang yang dituntut dalam Islam?
Kasih sayang  adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam malah merupakan satu keperluan pada setiap manusia. Manusia selalu menyayangi sesama manusia melebihi kasih sayang pada Allah. Dengan itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang disayangi hingga terjadi   kes bunuh diri yang diharamkan dalam Islam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi manusia  berdasarkan panduan  Tuhan bukan  nafsu semata-mata. Setiap hubungan manusia sesama  manusia hendaklah berdasarkan etika  syarak  dan janganlah sampai terpesong dengan ajaran agama.
5)      Bagaimanakah ciri pasangan yang sudah bersedia untuk bercinta?
i)Niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa terpelihara
ii)Sudah mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang menjerumus ke arah zina.
iii)Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berusaha menjadi muslim yang sebenar.
iv)Sentiasa menjaga batasan aurat.
 6)      Kenapa cinta sebelum perkhwinan mudah terjadi kepada kehancuran dan kemusnahan?
Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Dengan itu mereka mudah  melanggar hukum Allah S.W.T  kerana khayal di alam percintaan. Mereka lemas di lautan kasih tanpa berpandukan batasan syarak.

7)      Bagaimanakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia?
Peraturan-peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia kita itu didasarkan kepada cinta Allah dan hendaklah kita pastikan semasa menjalin hubugan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar.

8)      Bagaimanakah untuk mengekalkan cinta sesama  manusia?
Letakkan asas cinta kepada cinta Allah. Maksudnya  cinta itu mesti kerana Allah. Cinta itu mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan tujuan hidup yang Allah tentukan." Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada -ku"( Az- Zariyat 51: 56) .

9)      Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah?
Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampirkan perbuatan zina dan sama waktu dengannya seperti  pergaulan bebas, berkhalwat, memandang dengan pandangan nafsu. Cinta sebelum perkahwinan lebih menghampiri kepada zina apabila ia   dinodai dengan nafsu.

10)      Kenapakah Islam menegah menyambut sambutan Valentine's Day?
Islam melarang perayaan ini kerana boleh menjerumuskan pasangan  kepada  arah maksiat. Sudah sering kita mendengar kes- kes yang berlaku selepas Valentine's Day seperti budaya pergaulan bebas, zina, rogol, AIDS, hamil tanpa nikah, dan sebagainya.Apa yang paling menyedihkan, ini berlaku kepada masyarakat Melayu khususnya  kepada mereka yang beragama Islam.


11)      Bagaimanakah untuk membina cinta sesama  manusia   berdasarkan Islam?
Sebagai seorang Islam cinta kita mestilah berdasarkan  atas dasar iman, dilaksanakan mengikut  kaedah syariat  dan membentuk ikatan pernikahan yang sah  di antara yang bercinta. Daripada Anas r.a, Rasullah s.a.w  bersabda:

"Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :
  • Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
 •Mencintai sesorang itu tidak kerana lain, melainkan kerana Allah
•Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke  api neraka"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)








Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah, JAIS
we are the only one ! :)

"MURTAD SAUDARA BARU"(pikah)
Berdakwah menyampaikan Islam adalah satu kewajipan, samada kepada orang Islam mahupun yang bukan Islam. Kepada sesama Islam ia merupakan hak antara seorang muslim dengan seorang muslim yang lain sebagaimana disebut dalam hadis:
" Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada 6 perkara. Rasulullah ditanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Apabila engkau bertemu hendaklah memberi salam kepadanya, apabila ia mengundang ke rumahnya maka hendaklah engkau memenuhi undangannya, apabila ia minta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila ia bersin lalu memuji Allah dengan alhamdulillah  maka doakan ia dengan yarkhamukallah dan apabila sakit lawatilah dan apabila ia mati hendaklah engkau mengiringinya." ( Riwayat Imam lima )
Dalam al-Quran Allah s.w.t telah menyatakan:
"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55 )
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Asr: 1-3)
Kepada orang yang bukan Islam pula kita hendaklah berdakwah menyampaikan Islam dengan cara yang berhikmah dan sekali-kali tidak boleh memaksanya menerima Islam. Memaksa orang memeluk Islam menjadikan tidak sah Islamnya. Fiman Allah s.w.t:
" Tidak ada paksaan dalam menganut Islam."(Surah al-Baqarah: 256)
"Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang sesat daripada jalannya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah."  ( Surah an-Nahl:125)
Kita amat berbangga bila ada orang bukan Islam menganut Islam. Kita juga tidak meletakkan apa-apa syarat kepada mereka, sekadar mengharapkan mereka menjadi muslim yang sejati. Bimbingan sentiasa diberikan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIS. (Unit yang bertanggungjawab tentang saudara baru). Namun kita tidak pula pasti niat mereka yang memeluk Islam. Ada yang memang ingin menganut Islam kerana melihat keindahan dan kebenaran Islam. Ada juga yang menganut islam kerana faktor perkahwinan.
Di negara kita tidak terdapat peruntukan undang-undang dalam Jenayah Syariah kepada mereka yang keluar dari agama Islam. Rosaknya iman adalah disebabkan oleh tiga faktor, iaitu akidah, perkataan dan perbuatan. Rosaknya Iman dan Islam disebut sebagai "riddah". Para ulamak mentakrifkan riddah sebagai berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam. Orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad. Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur.
Mengikut Hukum Islam orang telah murtad hendaklah dipujuk, nasihat, kaunseling sebanyak tiga kali. Jika tidak mahu juga taubat maka hendaklah dihukum mati dengan dipancung pada tengkoknya. Ia adalah jenayah agama yang paling besar.
Hadis riwayat ibnu Abbas r.a ia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya."
Di mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kini sedang berlangsung puluhan  perbicaraan dan sebutan kes permohonan murtad saudara baru. Saya berkesempatan menjadi wakil kepada Defenden kedua iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada lebih 10 kes permohonan murtad dari saudara baru. Defenden pertama ialah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Defenden ketiga ialah Pendaftar Muallaf Negeri Selangor dan Peguam dari Jabatan Pendaftaran Negara juga turut dipanggil dalam kes ini.
Di Negeri Selangor, termasuk di Malaysia tidak ada sebarang peruntukan bagi kes murtad. Maknanya orang memohon murtad tidak akan didakwa dan mahkamah akan memberi kebenaran secara percuma sahaja. Apa yang saya nampak  kes ini hanya dilewat-lewatkan sahaja. Di antara kes yang saya hadiri, ada kes telah didaftarkan sejak tahun 2005 dan belum selesai lagi. Plantif yang hadir pun sudah mengamalkan agamanya yang asal. Ada satu kes itu pula, bila saya berpeluang bertanya kepada plantif sebab apa nak keluar dari agama Islam, maka dengan rasa bangganya beliau menyatakan bahawa dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita Islam dan apabila perkahwinannya telah gagal dan bercerai dengan isterinya dan mendapat 2 orang anak maka ia memohon keluar Islam kerana hendak berkahwin dengan wanita yang seagamanya. Plaintif mengaku bahawa sepanjang memeluk Islam beliau tidak pernah solat, ke masjid, puasa atau mengamalkan syariat Islam dan rasa tidak seronok berada dalam Islam kerana semua yang dia inginkan tidak dibenarkan Islam.
Sebagai seorang Muslim kita rasa sedih kerana kita di MAIS, JAIS gagal mendidik mereka kekal dengan Islam. Dalam masa yang sama kita rasa tercabar dan hina kerana Islam sebagai agama yang suci dan benar hanya dijadikan batu loncatan semata-mata. Saya menyarankan bahawa JAIS dan MAIS perlu mengadakan undang-undang pencegahan iaitu adakan undang-undang yang menepati syariat ataupun yang boleh mencegah dan mengawal mereka yang memohon murtad. Biarlah sekurang-kurangnya orang yang ingin masuk Islam tahu bahawa jika mereka berbalik ke agama mereka sesudah Islam maka ada peruntukan undang-undang yang menghukum mereka. Biarlah kita dianggap kedekut hendak menerima orang masuk Islam tetapi biarlah sedikit bilangan orang yang masuk Islam tetapi berkualiti.
JAIS dan MAIS dengan kerjasama NGO'S Islam mengadakan program-program pemantapan yang berterusan kepada golongan muallaf supaya mereka istiqamah dengan Islam. Hadis di bawah mungkin boleh dijadikan panduan supaya memujuk, kaunseling, menasihat orang yang murtad lebih dari tiga kali.
Dari Abi Musa Al-Ashaari r.a bahawa Nabi s.a.w memerintahkan kepadanya dengan sabdanya: "Pergilah engkau ke Negeri Yaman". Kemudian baginda s.a.w menghantarkan Muaz bin Jabal selepas pemergiannya. Apabila Muaz sampai ketempat abu Musa, Abu Musa menyambutnya dengan memberikan sebiji bantal alas duduk serta berkata: "Silakan duduk" dan disitu ada seorang lelaki yang bergari lalu Muaz bertanya: "Siapakah orang ini?". Abu Musa menjawab: " Orang ini ialah seorang Yahudi, ia masuk Islam kemudian ia berbalik menjadi yahudi semula (murtad)."  Muaz berkata: "Aku tidak akan duduk sehingga dia dibunuh itulah hukuman Allah dan Rasulnya"( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Riwayat Abu Daud dalam kisah ini: " Maka dibawa kepada Abu Musa Al-Ashaari seorang yang telah murtad, lalu disuruhnya bertaubat memeluk Islam semula selama kira-kira 20 malam, kemudian datang Muaz serta menyuruhnya bertaubat tetapi orang itu enggan, lalu dipenggal lehernya.


Susunan :
Ust. Khairuddin b. Haiyon
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS
we are the only one ! :)

"KENDURI KAHWIN: ANTARA SUNNAH DAN ADAT"(pikah)
Hidup berpasangan adalah satu fitrah yang telah sedia te(
"KENDURI KAHWIN: ANTARA SUNNAH DAN ADAT"
Hidup berpasangan adalah satu fitrah yang telah sedia tertanam dalam jiwa manusia seluruhnya. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni beralaskan kasih sayang, cinta mencintai dan kasih mengasihi antara suami dan isteri.
Rata-rata masyarakat Melayu Islam di Malaysia dulu dan kini mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan unjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.' (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.'
Di negara kita bulan November dan Disember atau yang menandakan waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai jemputan ke majlis perkahwinan.  Paling tidak dalam satu hari pasti mendapat jemputan  sebanyak dua atau tiga buah rumah. Waktu ini dipilih kerana masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa.
Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:
  • Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
  • Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
  • Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
  • Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.

Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya. Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata ‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)

Sunnah dalam mengadakan kenduri;
  • Diadakan secara sederhana yang tidak perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan manusia yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
  • Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat atau adat-adat yang membawa kepada syirik
  • Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah.
  • Tidak mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) dan hiburan yang melalaikan.
  • Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan.
  • Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan beban tuan rumah dan dapat menyuburkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat.
Laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah SWT.  Kenduri yang berkat itu amat penting sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah semoga perkahwinan diberkati Allah SWT.

Disediakan Oleh:
Shazwani binti Sharuddin
Bahagian Dakwah,
Unit Penerangan dan Penerbitan
  ikrtanam dalam jiwa manusia seluruhnya. Justeru, Islam amat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan adanya ikatan perkahwinan, jiwa menjadi tenang dan tenteram, mendapat keturunan yang halal lagi sistematik, sekali gus ikatan perkahwinan juga dapat mengawal diri daripada berlakunya pelbagai bentuk penzinaan, homoseksual, pelacuran dan sebagainya. Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmoni beralaskan kasih sayang, cinta mencintai dan kasih mengasihi antara suami dan isteri.
Rata-rata masyarakat Melayu Islam di Malaysia dulu dan kini mengadakan kenduri kahwin bagi meraikan pasangan pengantin yang telah dinikahkan dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai, khususnya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan unjuran dan sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a katanya : ‘Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengan Zainab ibn Juhsy, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.' (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.'
Di negara kita bulan November dan Disember atau yang menandakan waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai jemputan ke majlis perkahwinan.  Paling tidak dalam satu hari pasti mendapat jemputan  sebanyak dua atau tiga buah rumah. Waktu ini dipilih kerana masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga dapat berkumpul berbanding hari-hari biasa.
Antara hikmah Islam mengalakkan diadakan kenduri kahwin adalah:
  • Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
  • Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
  • Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
  • Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.

Jika diperhatikan amalan dalam masyarakat kita, jarang sekali kedengaran ucapan selamat atau mendoakan pasangan yang baru berkahwin. Apa yang biasa didengar adalah "Selamat Pengantin Baru", "Semoga bahagia hingga ke anak cucu" dan sebagainya. Sebaliknya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh doa yang terbaik untuk diamalkan seperti mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohon keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan pengantin mendapat berkat yang selayaknya dan kita juga mendapat ganjaran kerana mengamalkan sunnah baginda. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada pasangan yang berkahwin, baginda berkata ‘Semoga Allah memberikan keberkatan padamu, dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.' (Riwayat Abu Daud)

Sunnah dalam mengadakan kenduri;
  • Diadakan secara sederhana yang tidak perlu membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan manusia yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.
  • Kenduri dilakukan tanpa sifat riyak dan bangga diri.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat atau adat-adat yang membawa kepada syirik
  • Tidak menghidangkan makanan yang mengandungi syubhah.
  • Tidak mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) dan hiburan yang melalaikan.
  • Tidak mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan.
  • Disunatkan menghulurkan pertolongan bagi mengurangkan beban tuan rumah dan dapat menyuburkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat.
Laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan Allah SWT.  Kenduri yang berkat itu amat penting sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah semoga perkahwinan diberkati Allah SWT.

Disediakan Oleh:
Shazwani binti Sharuddin
Bahagian Dakwah,
Unit Penerangan dan Penerbitan
 
we are the only one ! :)

"PENYAKIT, UBAT DAN PENYEMBUHAN"(pikah)
Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia.
Nabi telah bersabda:
"Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"
(Riwayat Bukhari )
Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian   Allah s.w.t.  Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya  ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
  1. Membersih dan memilih orang mukmin yang sejati dan membezakan orang munafik.
  2. Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan.
  3. Mengungkap hakikat manusia itu sendiri sehingga jelas memperlihatkan kesabaran dan ketaatannya.
  4. Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian hidup dan melahirkan manusia berakhlak mulia dan tabah.
  5. Melatih diri agar manusia yang diuji dan dicuba ini bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapi musibah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
 "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabdanya lagi:
 "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"
( Riwayat Tarmizi )
Nabi telah bersabda lagi:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas dapat fahami bahawa:
  • Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Penyakit yang menimpa makhluk Allah adalah disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan oleh  kelemahan dan kelalaian manusia itu sendiri. Makanan dan minuman merupakan  keperluan manusia. Ia perlu mengambil hanya  yang halal, bersih dan suci tetapi tidak secara berlebihan kerana. Sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat (penyakit). Allah s.w.t mengigatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalam Surah al-A'raf ayat 31:
"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"
  • Mengubat penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhah ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian , penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeophati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi. Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada makanan tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.
Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan  untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
  • Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Mungkin sesuatu ubat itu tidak sesuai dengan seseorang walaupun ubat itu memang ubat yang khusus untuk penyakit tersebut. Sembuh bagi seseorang tetapi tidak sembuh untuk seseorang yang lain. Dengan makna yang lain ia disebut sebagai "Rasi".
  • Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
Wallahua'lam.
Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)

we are the only one ! :)

"SUMBANG MAHRAM : SUATU PERBINCANGAN"(pikah)
Pengertian sumbang mahram atau Inses ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah / nasab (keturunan) dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama.  
Sebagai contoh hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, adik-beradik, ibu bapa saudara, datuk dan sebagainya.
Dari perspektif Agama Islam golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan inses ini dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang punca- punca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang mahram.
Perbincangan di dalam kertas kerja ini diharap dapat membuka mata masyarakat tentang impak besar yang akan terjadi sekiranya kejadian inses atau sumbang mahram ini dipandang ringan.
PENGENALAN
Sumbang mahram telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial Hubungan sumbang muhram diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan merbahaya (membawa maut).  Fenomena ini juga umum dalam dunia haiwan dan tumbuhan sebagai pembiakbakaan dalam.  Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-gen pembawa 'sifat lemah' daripada kedua-dua induk pada satu individu (anak).
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23 :
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.
Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan- kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat".  Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juga kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.
Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat persetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza.  Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan perseorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang sukar dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.
Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi terhadap gejala sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses, ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat.  Perbuatan ini merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain.  Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.
Menurut perspektif Malaysia pula, kejadian sumbang mahram adalah satu jenayah yang boleh dihukum. Mangsa sumbang mahram harus memaklumkan kepada orang dewasa yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Namun, jika mangsa tidak mendapat sokongan, maka bantuan perlu diperoleh daripada pihak lain seperti berjumpa dengan doktor, polis, pekerja sosial, kaunselor dan rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu.
Mengikut statistik Polis Bukit Aman, negeri Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di Negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun 2001 iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis. Sabah pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak 197 kes, Kedah 195, Pahang 164 dan Sarawak 136. Negeri Terengganu pula mancatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan 107, Negeri Sembilan 102, Melaka 101, Kuala Lumpur 96, Pulau Pinang 59 dan Perlis sebanyak 18 kes. Dapatan statistik yang diperolehi adalah hasil kes sumbang mahram yang telah dilaporkan, namun terdapat juga mangsa yang tidak melaporkan kes seumpama itu kerana ia membabitkan kaum keluarga yang menjadi penjenayah. Besar kemungkinan juga mangsa akan dibunuh kerana penceroboh atau penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi. 
Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapiapabila mereka meningkat dewasa.    Antara kesan kesan-negatif ini adalah:-
  1. Hilang kepercayaan pada orang lain,
  2. Takutkan hubungan intim,
  3. Murung,
  4. Rasa ingin bunuh diri,
  5. Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri,
  6. Keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan marah,
  7. Rasa terasing dari masyarakat / keluarga,
  8. Penyalahgunaan dadah,  
  9. Masalah pemakanan
  10. Masalah personaliti dan sebagainya.
Pengalaman yang buruk atau traumatic yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor. Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu keranakhuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkalaterdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga. Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa tidak meminta bantuan, tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling dan dianiaya dalam jangka masa yang lama.  Namun bagi yang melaporkan pula, mereka didesak oleh faktorfaktor iaitu kehamilan atau bimbang akan hamil, mereka rasa perbuatan itu salah dan dilarang agama, mereka bimbang perbuatan itu diulang, perbuatan itu dilihat orang dan akhir sekali mungkin mereka ingin melindungi adik perempuyan mereka. Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percaya kepada emak, mereka pergi ke luar keluarga seperti kepada guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kejadian ini tidak dilaporkan serta merta.
Satu lagi penemuan data yang menunjukkan perangkaan pada tahun 2000 di mana 258 kes penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan. Ini bermakna purata 21 kes sebulan dan banyak lagi kejadian yang tidak dilaporkan. Apa yang menakutkan daripada laporan itu ialah kebanyakan jenayah terhadap kanak-kanak dilakukan oleh insan terhampir dengan mereka seperti bapa, bapa tiri, abang, datuk atau bapa saudara.  
Perangkaan polis menunjukkan sepanjang empat tahun lalu (1996-1999), 71.2 peratus mangsa sumbang mahram adalah Melayu. Daripada 1,369 kes yang dilaporkan, 974 adalah orang Melayu. Lebih 66 peratus kes itu dilaporkan berlaku terhadap gadis bawah umur 16 tahun. Mengikut laporan itu lagi, bapa adalah penjenayah sumbang mahram paling tinggi iaitu 380 kes, bapa saudara (231) dan saudara lelaki (87). 
Perangkaan itu walaupun membimbangkan namun tidak mencerminkan keadaan sebenar kes sumbang mahram di negara ini. Hakikatnya jenayah itu lebih buruk daripada dilaporkan. Mengikut kajian sosial, hanya satu dari sekurang-kurangnya tiga kes yang dilaporkan. Adakah kejadian ini sesuatu keadaan bermusim atau sebenarnya gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang berterusan sepanjang zaman. Cuma kini ia berlaku dalam kadar begitu menggerunkan.
KAJIAN SUMBANG MAHRAM 
Kajian yang dibuat oleh Dr Abdul Hadi Zakaria pada tahun 1996 dan laporannya telah diterbitkan pada Januari 1998 dengan tajuk "Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia" menunjukkan bahawa dari tahun 1992-1994, mendapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses atau sumbang mahram.  Penceroboh utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan diikuti oleh bapa tiri (24.4%). Lelaki-lelaki lain yang menjadi penceroboh ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk. Kebanyakan kes sumbang mahram ini berlaku di rumah kediaman mangsa.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa kes-kes ini melibatkan mangsa yang muda. Pada kali pertama inses berlaku, kebanyakan gadis terlibat berada di peringkat awal remaja. 54.9% dari mereka berumur di antara sebelas dan lima belas tahun. Dari segi umur pesalah pula, pesalah termuda ialah 18 tahun manakala yang tertua ialah 65 tahun. Majoriti pesalah berada dalam kategori umur 34 hingga 49 tahun dan diikuti oleh kumpulan umur 50 hingga 65 tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada lelaki dewasa yang terlalu muda atau terlalu tua untuk melakukan inses. Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbuatan ini sering diulangi. Kebanyakkan kes melibatkan ulangan sebanyak 24 kali. Hakikat bahawa mangsa tinggal serumah dengan penceroboh memudahkan perbuatan ini diulang.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa inses lebih banyak berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga menunjukkan majoriti kes berlaku di kawasan luar Bandar. Ini bertentangan dengan pandangan am bahawa kampong dan komuniti tradisional adalah kawasan selamat kerana didiami oleh orang-orang yang konvensional, yang berpegang kuat kepada ajaran  agama dan yang dikatakan tidak cenderung kearah perbuatan jahat.
Dari segi etnik, bilangan kes yang paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu (89%) diikuti dengan India dan Cina. Namun ini tidak semestinya menunjukkan etnik Melayu paling ramai melakukan kesalahan ini kerana ada kemungkinan etnik lain tidak melaporkannya manakala orang Melayu melaporkan kejadian ini sumbang mahram dilihat sebagai satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Islam dan berdosa besar.
Pengkaji juga mendapati bahawa dari segi hubungan perkelaminan pesalah, di mana majoriti pesalah mengakui bahawa hubungan perkelaminan mereka tidak ada kena mengena dengan kesalahannya itu. Sama ada nafsunya dipenuhi oleh isteri atau tidak, ia tetap akan melakukan inses atau sumbang mahram.
Menurut kajian Saodah Elias (2007) kaum melayu merupakan kaum yang tertinggi dalam masyarakat yang menyumbang kepada kes-kes sumbang mahram ini. Menurutnya lagi satu kajian telah dibuat dimana dasar kebajikan dan sosial kerajaan yang kurang memberi penekanan kepada pembelaan nasib kanak-kanakdari keluarga miskin atau keluarga yang porak-peranda dan masyarakat yang terlalu mengongkong juga menyumbang kepada masalah ini.
Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar, Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Madya Dr Mansor Mohd Noor yang menjalan kajian mengenai gejala itu berkata majoriti kes sumbang mahram yang dilaporkan membabitkan masyarakat Melayu. Sebahagian besar daripada kes membabitkan keluarga yang dikategorikan sebagai amat miskin, iaitu keluarga yang tidak berupaya untuk membela dan membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Tanpa campur tangan kerajaan, anak-anak daripada keluarga ini, jika mereka perempuan mudah menjadi mangsa sumbang mahram sementara yang lelaki pula akan terlibat dengan kegiatan sosial lain seperti lumba haram atau jenayah," katanya. Menurut beliau, kajiannya mendapati kebanyakan kes sumbang mahram dilaporkan oleh guru yang prihatin terhadap perubahan mendadak pelajar seperti gemar termenung dan berhenti bergaul dengan rakan. Mengenai mengapa orang Melayu lebih ramai terbabit dalam kes sumbang mahram, Dr Mansor berkata, ia ada kaitan dengan suasana hidup yang terlalu terkongkong oleh masyarakat. "Masyarakat Melayu biasanya terlalu gemar menghukum. "Keadaan ini memberikan tekanan ke atas mereka yang mempunyai ruang yang terhad untuk mencari hiburan dan melepaskan kebosanan kerana miskin, sementara pendidikan agama cetek, menyebabkan mudah terjerumus ke dalam kegiatan sumbang mahram," katanya. Katanya, kajian yang disiapkannya pada 2005 itu dilakukan dengan menemubual mangsa dan banduan yang menjalani hukuman kerana perbuatan itu.

PUNCA-PUNCA SUMBANG MAHRAM
 a.            Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami
Kegagalan para isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Hubungan kelamin pasangan suami isteri tidak dapat ipenuhi akibat tuntutan kerja seperti suami bekerja pada waktu siang manakala isteri bekerja pada waktu malam. Ini mendorong suami menggunakan anak untuk tujuan memuaskan nafsu. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbang mahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum.
b.            Tahap Iman yang Lemah dan Bahan Lucah
 Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras, maka kejadian inses atau sumbang mahram boleh berlaku dimanamana saja. Kelemahan pegangan agama ini juga, seorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatutnya dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup ‘merosakkan' adik perempuannya. Keadaan iman yang lemah ini akan merosakkan akal fikiran mereka jika mereka sering menonton filem-filem porno disulami dengan video klip yang mudah dimuat turun melalui telefon bimbit. Kejadian-kejadian seumpama ini akan merangsang individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat untuk memuaskan nafsu yang sedang bergelora. Dewasa ini, bahan lucah amat mudah diperoleh dimana-mana sahaja dan mereka yang lemah iman ini apabila sering menonton bahan-bahanporno ini akan mendorong untuk melakukan inses.
Rasulullah telah menceritakan kepada sahabat bahawa umat Islam pada akhir zaman terlalu ramai tetapi ibarat buih di lautan yang tidak tahu berbuat apa-apa dan lemah sekali. Imannya tipis ibarat kulit bawang akibat dari penyakit al-wahan  iaitu cinta kepada dunia dan takut kepada mati.  Tanpa iman manusia hidup dalam keadaan jiwanya lemah dan kosong.  Manusia yang lemah iman tidak akan takut dan kenal lagi kepada Allah yang menciptanya. Manusia tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak.  Manusia yang lemah tidak merasa takut dan gementar akan hari pembalasan dan azab Allah yang sangat pedih seksanya di neraka.  Akibat iman yang lemah manusia tidak dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukan dan di antara kebenaran dan kebatilan. 
b.             Batas Pergaulan
Dua saudara yang duduk berdua-duaan di tempat sunyi dan tidak menghiraukan larangan agama boleh membawa kepada berlakunya sumbang mahram. Malah program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram. Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan menyebabkan nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.
c.              Tidak Mengamalkan Kehidupan yang Dianjurkan Islam
 Kurangnya pendidikan agama menyebabkan sesetengah keluarga langsung tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh islam dimana mereka lebih bermegah dengan cara hidup kebaratan yang dianggap lebih maju. Dalam islam contohnya, tidak menggalakkan anak lelaki dan anak perempuan dewasa tidur di dalam satu bilik yang sama. Namun jika nilai-nilai keislaman ini tidak diamalkan maka ia menjadi pendorong kepada berlakunya kejadian inses ini.
Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu-waktu ini kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.
Batas pergaulan diantara bapa dan anak perempuan juga perlu ditekankan di mana sesetengah keluarga moden yang menganggap ciuman dan pelukan anak perempuan dewasa kepada bapanya adalah sesuatu yang biasa. Namun jika tidak ada batasan yang berlandaskan keislaman maka akan mudahlah kejadian ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.
d.             Keruntuhan Institusi Keluarga / Perkahwinan
Faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti penceraian turut mendorong berlakunya kes inses ini. Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Bagi kes inses yang melibatkan adik beradik pula, keluarga yang bercerai berai akan menyumbang kepada faktor ini. Ini kerana si ibu akan keluar rumah untuk menyara keluarga memandangkan orang yang sepatutnya menyara keluarga telah tiada. Oleh yang demikian si ibu akan mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga. Akibat kesibukan di luar rumah bagi mencari rezeki dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata, ada kemungkinan kejadian inses berlaku memandangkan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dipantau oleh orang yang lebih dewasa.
e. Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan) semasa berada di rumah
Orang dulu-dulu menganggap pakaian sebagai alat menutup dan menjaga tubuh di bahagian luar. Sedangkan bagi peradaban dan dunia moden, tujuan demikian ditambah dengan satu tujuan lain yang dikenali sebagai apa yang disebut berhias, antara satu sama lain, masyarakat berbeza sesuai dengan faktor yang meliputi sesuatu masyarakat kedua-dua tujuan ini memang disyariatkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam ayat 26 surah Al-A'raaf : 
Wahai anak-anak Adam Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup "aurat kamu, dan pakaian perhiasan: dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-nya kepada hamba-hambaNya supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Pakaian yang menghairahkan ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai pakaian yang mengancam itu. Jelas tidak akan mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu. 

KAEDAH MENANGANI TINGKAH LAKU SUMBANG MAHRAM
 a.    Melaporkan Kejadian Sumbang Mahram
Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana diancam oleh penceroboh, rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan kejadian itu. Tingkah laku sumbang mahram ini juga dapat ditangani jika adanya pengawalan dan pencegahan dibuat secara berterusan. Antaranya mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita. Pencegahan juga harus dibuat dengan memberi kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor seterusnya peruntukan hukuman yang lebih berat agar penceroboh akan menyedari akibat dan kesan perbuatan mereka tersebut. Seterusnya mereka akan lebih takut untuk mendekatinya serta mengulangi perbuatan tersebut. Pencegahan juga dapat dilaksanakan dengan menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan ditertawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh. Pengawalan dapat dibuat dengan cara memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa.
Di Malaysia, terdapat agensi dan kumpulan Ngo's yang boleh memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa.  Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia,  Kementerian  Pembangunan Wanita dan Keluarga. Manakala untuk penempatan dan perlindungan, terdapat Pusat Perlindungan Wanita di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), JKM dan dibawah persendirian atau pertubuhan.
Di bawah Majlis Agama Islam Selangor sebuah Pusat Perlindungan Wanita telah diwujudkan iaitu Baitul Ehsan, lokasinya di Sabak Bernam Selangor.  Permohonan untuk memasuki pusat berkenaan boleh dipohon secara sukarela atau atas perintah Mahkamah.  Selain itu, di Jabatan Agama Islam Selangor terdapat satu unit khusus yang dikenali sebagai Unit Khidmat Nasihat dan rundingcara keluarga yang boleh boleh di akses secara hadir sendiri ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan berurusan di unit Rundingcara Keluarga, melalui talian telefon, surat atau memfailkan aduan  dan boleh juga melalui e-mail: ict@jais.gov.my atau melayari laman webnya: http://www.jais.gov.my. Mangsa yang perlu pengukuhan emosi dan bantuan peringkat awalan boleh berhubung untuk diberi panduan dan bimbingan sebelum mengorak langkah ke arah tindakan susulan yang menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang yang terpakai dalam negeri Selangor.
Pihak persendirian dan Ngo's juga boleh dirujuk antaranya seperti Pertubuhan Darul Islah Selangor (PERKID), International Muslim Women's Union (IMWU),  Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIS), Unit Mubalighat JAIS, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS), Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sahabat Hospital TAR, Pertubuhan Mawwaddah cawangan Selangor dan sebagainya.
b. Peranan Media 
Peranan media dan juga kempen dari pihak yang bertanggungjawab adalah penting. Media harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempat-tempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Perlu didedahkan bahawa kejadian tersebut bukan kesalahan mangsa dan mereka harus bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut. Mangsa harus tahu bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, mangsa masih boleh mendapatkan pertolongan. Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan.
 c.            Hukuman 
Kaedah yang seterusnya adalah berkaitan dengan hukuman. Hukuman yang lebih berat perlu diberikan agar jenayah seksual dapat dibendung sewajarnya. Kajian yang telah dibuat oleh Dr Abdul hadi Zakaria (1998), mengatakan hukuman-hukumanyang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah kali pertama inses dilakukan, ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman. Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walaubagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat. Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian adalah wajar hukuman yang berat perlu diberikan agar kejadian inses ini dapat ditangani. Kaedah seterusnya dengan mewujudkan undang-undang atau mengkaji semula undangundang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes inses atau sumbang mahram ini wajib melaporkannya sama ada ianya telah berlaku atau sedang berlaku.
Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol.
  • Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.
Hukuman :
Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

Undang-Undang Terkini berkaitan sumbang Mahram 
Sumbang mahram termasuk dalam Kanun Keseksaan 'Ein Azmi | Aug 9, 01 1:42pm Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2001 dengan memasukkan sumbang mahram sebagai satu kesalahan memandangkan gejala ini semakin berleluasa di kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim berkata sumbang mahram perlu dimasukkan ke dalam kanun keseksaan sebagai satu kesalahan berasingan seperti kesalahan-kesalahan lain seperti rogol dan kesalahan di luar tabi'i. 
Beliau menyebut Fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baru 376A dan 376B ke dalam Kanun Keseksaan.
"Sekyen baru 376A mentakrifkan kesalahan sumbang mahram, manakala subseksyen baru 376B(1) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan," katanya.
Bagaimanapun, peruntukan subsekyen 376B(2) mencadangkan kanak-kanak lelaki berumur kurang 13 tahun atau kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun akan mendapat pembelaan khusus.
"Di bawah sekyen itu hubungan jenis dengan perempuan bawah umur 16 tahun akan digolongkan kepada jenayah rogol walaupun perempuan itu memberi keizinan,"
Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan anggapan tidak boleh dipatahkan bahawa kanak-kanak lelaki bawah umur 13 tahun dianggap tidak berupaya melakukan rogol.
Sementara Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] yang telah diluluskan sebelum ini telah dikuatkuasakan bagi menggantikan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106) yang telah dimansuhkan.  
Hukuman sebat
Beliau berkata akta tersebut bertujuan melindungi wanita dan gadis daripada kejadian penganiayaan seksual dari pelbagai aspek.
Dr Rais menjelaskan kesalahan yang diperuntukkan dalam seksyen tersebut adalah sama dalam seksyen 16 Akta Perlindungan Wanita dan Gadis tetapi akan merangkumi pelacuran dan perbuatan lucah antara lelaki dan perempuan.
"Hukuman sebat telah dicadangkan supaya menjadi mandatori," ujar beliau terhadap kesalahan itu.
Beliau menyebut peruntukan Fasal 3 memasukkan seksyen baru 372A melarang mana-mana orang daripada hidup atas pelacuran seseorang, manakala seksyen baru 372B melarang kegiatan mencari pelanggan untuk tujuan pelacuran tidak kira kegiatan itu di tempat awam atau persendirian. 
Bagi kesalahan di bawah sekyen 372A, hukuman telah bertambah kepada penjara mandatori, jelas Dr Rais .

Seksyen di bawah Kanun Keseksaan

Keseksaan Jenis hukuman, Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum
Hukuman Lain
354 : Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang, dengan maksud hendak mencabul atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

375 : Rogol
Seseorang lelaki adalah dikata melakukan rogol jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:
a.
bertentangan dengan kemahuan perempuan itu

b.
dengan tiada kerelaan perempuan itu

c.
dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah
didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut.

d.
Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia kan memberi kerelaan

e.
Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia
tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia
memberi kerelaan

f.
Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika
perempuan itu di bawah umur enam belas tahun

376 : Seksaan bagi rogol
Barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

376A : Sumbang mahram
Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seorang lelaki atau seorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan, di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang lain.

376B : Hukuman bagi sumbang mahram
(1) Barangsiapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.
(2) Ianya hendaklah menjadi pembelaan kepada tuduhan terhadap seseorang di bawah seksyen ini sekiranya dibuktikan :-
(a)
Bahawa lelaki atau perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang lelaki atau perempuan itu mengadakan persetubuhan itu adalah seseorang yang hubungan dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkaitan bagi lelaki atau perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu; atau

(b)
Bahawa perbuatan persetubuhan telah dilakukan tanpa persetujuan lelaki atau perempuan itu.

377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i.
Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

377B : Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabi'i hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377C : Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i tanpa kerelaan, dsb.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

d.            Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan
 Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram. Elakkan dari bahan-bahan lucah dan gambar yang mengghairahkan dan tidak menutup aurat. Media elektronik seperti komputer, televisyen dan radio hendaklah dikawal supaya anak-anak tidak melihat, menonton dan mendengar rancangan dan bahan yang tidak elok dan lucah.
e.            Batasi Pergaulan
Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Sifat malu itu penting untuk menghalang dia dari terjerumus ke lembah dosa. Dikhuatiri pergaulan dan gurau senda yang tiada had akan menyebabkan mereka hilang rasa malu dan merangsang untuk melakukan lebih dari hubungan adik beradik. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu.
f.            Peranan Masyarakat
Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah lakusumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiranjiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.Hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri. Apabila hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau menimbulkan kemarahan jiran sekaligus dapat mengurangkan jenayah. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, maka ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini dari terus berlaku dengan mewajibkan mereka untuk melaporkan kes-kes tersebut.
g.            Galakkan Perkahwinan
 Ibu, ayah atau datuk nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW memang menggalakkan perkahwinan untuk menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada berlakunya jenayah seksual ini.
h. Jaga Aurat di Kalangan Ahli Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama
 Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batasbatas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga bolehmembuka aurat(kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian
yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan.Ahliahli keluarga juga perlu didedahkan tentang beratnya berbuat dosa besar dan melanggar hukum Tuhan jika perzinaan dilakukan dikalangan ahli keluarga. Anakanak yang terdidik dengan didikan agama yang sempurna akan dapat menutup jalan-jalankearah  
gejala sosial yang kian teruk ini, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing mereka ke jalan yang benar mengikut landasan agama. 
i.            Susun Infrastruktur Rumah Mengikut Syariat
 Dari sudut infrastruktur rumah dalam sesebuah keluarga pula, dalam menangani masalah inses ini dapat dibuat dengan menyediakan bilik untuk anak gadis dan diasingkan bilik anak lelaki terutama apabila mereka telah akil baligh. Syariat amat menggalakkan pengasingan bilik tidur untuk ibu ayah, anakanak lelaki dan anak-anak perempuan. Ini untuk mengelakkan dari pergaulan yang tanpa batas antara ahli keluarga itu. Sekurang-kurangnya sebuah rumah itu mesti mempunyai tiga buah bilik atau lebih untuk menyusun ahli keluarga mengikut syariat sebenar.
j.            Kukuhkan Taraf Ekonomi Keluarga
Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu, ketua keluarga hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji atau bekerja sendiri.Kebanyakkan kes-kessumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan ibu keluar mencari nafkah, sedang para suaminya tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Maka haruan makan anak sewaktu ketiadaan ibu di rumah.
KESIMPULAN
 Peningkatan kes sumbang mahram serupakan satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingan-kepentingantertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang mahram. Di dalam agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep muhrim yang mengatur hubungan sosial di antara individuindividu yang masih ahli keluarga. Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu. Masalah sumbang mahram ini, disamping mengenakan hukuman kepada penceroboh, penekanan betapa pentingnya pencegahan danpengawalan harus diambil kira. Bagi menjamin kesejahteraan komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila serta bertamadun.
  
RUJUKAN

Mushaf Malaysia Rasm Uthmani Al Quran Tafsir Pimpinan Ar-rahman - Dar Al Kitab Malaysia diterbitkan oleh Darul Fikir dengan izin dan kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kertas Kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 - Mengenal pasti punca-punca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang Mahram oleh Fizwani bt. M. Sarkawi, Suhana bt. Samadan, Mohammed Sharif Bin Mustafa, Sulaiman Shakib Bin Mohd. Noor, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

AsSyeikh Ali B. Abd Rahman. (2005). AlJauwahar AlMauhub- Permata Pemberian Yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, AlHidayah Publication.

Akta 559. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan). (1997). Bahagian IV.

Buletin Pas Bukit Bendera (2008). Kes Sumbang Mahram Tertinggi. http://www.pasbukitbendera.com

Cara Menangani Sumbang Mahram (2007). Laman Rabu - Wadah Wanita Islam. http://wwwwadahwanita.blogspot.com

Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Sumbang Mahram : Memutus Hubungan & Di Hukum Bunuh?

Imam Habib Abdullah AlHadad.(1997). Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Pustaka Nasional
Private Limited, Singapore.

Jabatan Penerangan Malaysia. Kenali Inses / Sumbang Mahram.http://www.pmr.penerangan.gov.my

Menangani Isu Sosial.http://www.activeboard.com/forum.spark

MyHEALTH Portal - Sumbang Mahram.http://www.myhealth.gov.my

Rogol dan Sumbang Mahram.http://www.newarrivals.nlb.gov.sg

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama. http://www.baheis.islam.gov.my

Khamis Jun 18, 2009
Lelaki laku sumbang mahram dipenjara 17 tahun dan 10 sebatan
KOTA BAHARU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang lelaki yang melakukan sumbang mahram dua tahun lalu sehingga anak sulungnya itu melahirkan anak.
Lelaki berusia 44 tahun, yang merupakan seorang tukang rumah, kelihatan tenang ketika Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Nasir menjatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan sumbang mahram itu.
Wan Fadhilah Nor menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan hukuman dijalankan secara serentak.
Lelaki, yang mempunyai enam orang anak itu, dituduh melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang ketika itu berusia 16 tahun pada awal Jun 2007 dalam sebuah bilik di rumah mereka di Kampung Bukit Belah, Machang dan mengulanginya pada pertengahan Jun 2007 di tempat yang sama.
Selepas disahkan mengandung selama 24 minggu, ayah saudara kepada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Machang, dan ujian DNA yang dilakukan di Jabatan Kimia, mengesahkan tertuduh adalah bapa kepada anak yang berada dalam kandungan mangsa.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA


Lelaki didakwa bunuh anak, sumbang mahram


PULAU PINANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang anak perempuannya dan melakukan sumbang mahram dengan seorang lagi anak perempuan bawah umur antara November 2004 dan Februari tahun ini.

Bagi tuduhan pertama, lelaki berusia 40 tahun itu, dari Bandar Baru Ayer Itam di sini, didakwa membunuh anaknya sendiri yang hanya dikenali sebagai Sarojini antara 7 pagi dan 7 petang pada 11 November 2004.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kepada anaknya, yang kelahirannya tidak pernah didaftarkan, di sebuah rumah di Medan Angsana 1, Bandar Baru Ayer Itam pada tarikh berkenaan.

Bagi kesalahan itu dia didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.


Tertuduh, yang memakai baju-T berwarna merah dan berseluar pendek biru gelap, kelihatan tidak berhenti mengangguk dan menggelengkan kepalanya seperti orang tidak siuman semasa dibawa ke kandang tertuduh dan tidak memberikan sebarang respon ketika pertuduhan itu dibacakan terhadapnya. - BERNAMA

 Artikel inii disediakan
Oleh: Ustazah Sabariah Bt. Haji Salleh (P.P.T)
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS




we are the only one ! :)