Menurut Syariat Islam persaksian adalah perkara yang paling penting dalam penghakiman dan pengadilan. Ini kerana persaksian seseorang saksi bagi sesuatu keterangan sebagai bukti menyokong atau keterangan yang membawa sabitan adalah perkara yang amat penting bagi seseorang hakim untuk mensabitkan sesuatu kes atau menolaknya. Samaada dalam kes jenayah atau kes mal begitu juga dalam perkara lain yang melibatkan saksi seperti dalam bab perkahwinan, hutang dan lain-lain. PERANAN SAKSI Seseorang saksi yang dipanggil dan yang dihadapkan ke mahkamah untuk memberikan keterangan-keterangan dari pihak pendakwa atau penuduh atau pihak yang didakwa atau yang dituduh mestilah saksi-saksi yang mempunyai syarat-syarat yang cukup dan berupaya mempertahankan kebenaran dan menolak kepalsuan. SAKSI DUSTA Seorang yang menjadi saksi di mahkamah bukan sahaja menjadi alat penimbang kepada hakim untuk mensabitkan atau menolak sesuatu kes, malah saksi-saksi dalam mahkamah menjadi pemutus kepada seorang hakim atau panel hakim berdasarkan keterangan-keterangan saksi. Jika saksi berbohong maka keputusan hakim akan menjadi salah seterusnya menganinayai dan menzalimi orang yang dituduh. Oleh yang demikian dosa orang yang menjadi saksi palsu di mahkamah adalah dosa besar. DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH Firman Allah S.W.T:
SAKSI PALSU BERDOSA BESAR Orang yang menjadi saksi palsu telah melakukan dosa besar yang berlipat kali ganda sebagaimana berikut:
HUKUM MENJADI SAKSI Menuruk hukum syara', menjadi saksi di atas sesuatu kes itu adalah wajib, di mana mereka yang dipanggil menghadirkan diri ke mahkamah untuk menjadi saksi dari pihak pendakwa atau tertuduh adalah fardu ain. RUKUN-RUKUN SAKSI Rukun-rukun saksi adalah tertakluk kepada lima perkara:
SYARAT-SYARAT SAKSI Syarat-syarat saksi ada 7 perkara:
SIAPA YANG LAYAK JADI SAKSI Lelaki dan wanita boleh menjadi saksi. Lelaki boleh menjadi saksi dalam semua kes tetapi mesti mengikuti syarat-syarat saksi. Tetapi tidak bagi wanita sekalipun menepati syarat dari sudut syara'.
Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) |
Sunday, 2 October 2011
bersaksi palsu(diana)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment