Qazaf atau menuduh orang lain berzina termasuk dalam Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud. Antara lain yang termasuk dalam hudud ialah Zina, mencuri, merompak, minum arak dan murtad. PENGERTIAN QAZAF Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir. DALIL QAZAF Firman Allah S.W.T: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4) SYARAT PENUDUH DAN YANG DITUDUH Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
Manakala orang yang dituduh itu pula mesti juga mempunyai syarat sebagaimana berikut:
HUKUMAN QAZAF
BENTUK-BENTUK QAZAF Tiga cara melakukan qazaf iaitu: a. Tuduhan secara terang ( Sorih) Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf. b. Tuduhan secara kiasan (Kinayah ) Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat zina. c. Tuduhan secara sindiran ( Ta'ridh) Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat. PENSABITAN QAZAF Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut: a. Penyaksian Penyaksian 4 orang saksi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh,. Maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya. MENOLAK DAN MENGENEPIKAN TUDUHAN QAZAF Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut: a. Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu. b. Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dalam kes ini, orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan 4 orang saksi mempunyai ciri seorang saksi. Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) |
Sunday, 2 October 2011
qazaf-tuduhan zina(diana)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment