Saturday, 11 June 2011

Matematik (izzati)


               Matematik sering dikenali sebagai ratu sains dan bahasa semula jadi. Kepentingan
matematik memang tidak boleh dipertikaikan. Matematik adalah suatu bidang yang memerlukan pelaburan yang rendah berbanding bidang lain, tetapi mempunyai implikasi yang penting kepada perkembangan manusia (Prof. Gowers , 2008). Menurut Abdul Latif Samian ( 1997 ):
"Matematik dari segi tabiinya bersifat antara disiplin. Semua bidang ilmu meti memiliki sedikit sebanyak matematik, sama ada dalam sains hayat, fizik, kimia, sosiologi, bahasa, ekonomi, politik, geografi, antropologi, psikologi mahupun pendidikan. Tidak ada bidang ilmu yang tidak menggunakan langsung ilmu matematik".
Memandangkan matematik digunakan di hampir semua bidang, matematik adalah amat mustahak kepada masa depan pelajar, terutamanya kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Hal ini kerana kebanyakkan program di universiti memerlukan pengetahuan dalam matematik, contohnya sains fizikal (Kimia, Fizik, Kejuruteraan), sains kesihatan (Biologi, Psikologi, Farmasi, Optometri), sains sosial (termasuk Antropologi, Komunikasi, Ekonomi, Linguistik, Pendidikan, Geografi), sains teknologi (Sains Komputer, Rangkaian, Pembangunan Perisian), Perniagaan dan Perdagangan, Sains Aktuari, Perubatan dan lain-lain lagi.

we are the only one ! :)

Monday, 6 June 2011

Hukuman merotan dalam kalangan pelajar harus diwujudkan semula. Zuraini

Hukuman merotan merujuk hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar yang melanggar peraturan di sekolah. Antara jenis kesalahan tersebut meliputi ponteng sekolah, mencuri, dan bergaduh. Jadi, memang ada banyak faktor yang menjadikan hukuman ini perlu dilaksanakan semula di sekolah.

Faktor masalah disiplin yang melanda pelajar kita kini begitu meruncing yang menjadikan pelaksanaan hukuman ini penting. Pelajar kita mudah terbabit dalam kemelut disiplin kerana cabaran kehidupan modern yang begitu hebat seperti ibu bapa sibuk bekerja dan kehidupan mementingkan status serta kebendaan yang tinggi kini. Oleh itu, tindakan merotan sahaja yang boleh menjadikan cabaran ini berada dalam kawalan kerana pelajar pasti akan memikirkan kesan merontan terhadap dirinya sebelum bertindak terburu-buru seseorang.

Pada masa yang sama, kerja guru di sekolah menjadi lebih mudah jika hukuman keras ini dilaksanakan dengan segera. Pihak guru mengambil masa yang lama untuk memberi kaunseling kepada pelajar yang belum tentu akan berjaya pula berbanding dengan merotan yang mudah dan pantas. Sesungguhnya, kerja guru menjadi lebih mudah jika hukuman ini dikuatkuasakan dengan sepenuhnya.

Malah, hukuman yang sebegini tegas boleh memberikan satu pengajaran kepada pelajar secara keseluruhannya. Sesiapa sahaja yang menyaksikan hukuman ini pasti berasa begitu gerun melihatnya. Jelaslah, hukuman merotan ini mencetuskan satu keinsafan yang mendalam dalam jiwa pelajar sekolah kita pula.

Tambahan pula, imej sekolah yang berani melaksanakan hukuman merotan juga pasti meningkat pada mata masyarakat. Ibu bapa sudah pasti lebih suka menghantar anak mereka ke sekolah yang mempunyai tahap kualiti disilpin yang tinggi kerana tidak mahu anak mereka terabit dalam gejala negatif. Maka, imej sekolah pasti bertambah baik melalui pengenalan hukuman merotan ini. 

Konklusinya, kewajaran untuk melaksanakan hukuman ini memang sudah terserlah berdasarkan semua hujah tadi. Kerjasama semua pihak terutamanya pelajar amat diperlukan agar masalah ini boleh diatasi dengan segera. Bak kata perumpamaan, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" membuktikan bahawa didikan sejak kecil terutama di sekolah memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah pelajar.- najmi

we are the only one ! :)

Masalah pembuangan bayi pernah menjadi satu isu penting dalam media massa kita.(nadya)

Kes pembuangan bayi di negara kita memang memalukan masyarakat. Saban bulan ada sahaja kes ini dilaporkan dalam media massa negara ini. Lantaran itu, ada banyak perkara yang boleh diambil untuk memastikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini tidak menular terus.

Tindakan yang agresif ialah ibu bapa bayi yang malang ini perlu menerima hukumannya. Kita tidak seharusnya menghukum ibu sahaja tetapi ayah bayi itu juga harus bertanggungjawab. Kemungkinan tindakan yang tegas sebegini akan memberi peringatan kepada ahli masyarakat yang lain supaya berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan yang serupa.

Selain itu, usaha membuka Sekolah Harapan juga menjadi satu langkah yang bijak untuk mengatasi masalah ini. Remaja yang terlanjur dalam tindakan mereka itu boleh ditempatkan di sekolah ini untuk menerima nasihat dan bantuan ketika menunggu kelahiran bayi tersebut. Jadi, sesi kaunseling dan bimbingan ini boleh menjadikan remaja ini matang lalu berupaya untuk menjaga bayi mereka kelak.

Tambahan pula, pendidikan agama dan moral perlu diterapkan dengan lebih mendalam dalam jiwa remaja terutama ketika di sekolah. Didikan ini berupaya untuk membentuk satu dinding jati diri yang utuh lalu menghalang masalah ini berlaku pula. Sesungguhnya, didikan agama dan moral menjadikan remaja boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu ditangani dengan segera. Kita harus sedar bahawa bayi itu tidak bersalah dan tidak berhak menerima nasib dibuang begitu sahaja impala sampah. Semua pihak harus berganding bahu untuk bersama-sama mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin. -najmi

we are the only one ! :)

Kebaikan-kebaikan Menyambut Perayaan Bersama-sama di Malaysia(nadya)

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama


Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.

Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini?

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.

we are the only one ! :)

Saturday, 4 June 2011

ciri ciri pelajar cemerlang ;) - Zuraini


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepadapelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,–}—-
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagalmengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalamkelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalampeperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalampeperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlan

we are the only one ! :)

tip untuk berjaya.(nadya)

 That the first semester of the freshman year in college is the most critical time in determining a student’s future success in college and Kita yg kena tentukan apa yg TERbaik untuk diri kita!!!!!!!!!!

That most students who become involved in campus organizations and activities have a more meaningful college experience, while still maintaining high grades, making new friends, and developing time management skills.

Disini ada 5 cara nak Berjaya dalam kolej

Make a college education your #1 priority. Have fun, get involved, but learn to balance your time.

Expect your college courses and your professors’ expectations to be challenging and therefore be ready to put forth extra effort. Also, be certain to attend every class session.

Allow plenty of time for studies. You’ll likely need 2 to 3 hours of study time for every hour in the classroom.

When a class seems a bit difficult, ask for help immediately and take advantage of the many campus academic support services.

Don’t procrastinate on studies and assignments. Time can slip away before you know it!

Tips Pengurusan Masa

Belajar untuk Berkata Tidak@ NO!!! - Saying no to partying, movies, etc. does not make you a terrible person.

Jangan belajar lebih dari 3 jam - Your brain will often shut down and any studying you do after that point is unproductive.

Cuba belajar pada waktu Siang - Natural light is more conducive to learning.

Gunakan Kaedah30-3-2 - Study for 30 minutes, take a 3 minute break and let your mind think about other things, then return to your studies by reviewing the previous material for 2 minutes, then move on to new information.

Cuba guna 2 jadual - Create an hour-by-hour weekly schedule. Using your class schedules as a guide. Block out specific times each day for study and all other activities. Create a semester schedule showing midterms, finals, due dates, and other important events. Review both schedules on a weekly basis and allow more study time as needed.

Keutamaan - Every day, list what you need to study, prioritize and set times for each item, and stick to it.

Perkara2 yg patut di ketahui

Develop a good student/professor relationship. Meet your professors early in the semester.

Take the time to become familiar with the contents of your undergraduate catalog. Don’t just let it collect dust! Open it up and read the information - it can answer many of your questions.

Each test deserves maximum preparation. Read your textbook and review your notes on a consistent basis.

Be aware of important dates and deadlines (first day of class, registration, add/drop, withdrawal, final exams).

Utilize the academic support services provided to you at the school.

Pilih Major yg Sesuai

Research your major and possible career opportunities. Investigate the major by asking questions of other students, professors, parents and friends.

Select a major that stimulates your interest and curiosity. Look at the descriptions of required courses for the major in the catalog.

Be realistic and always have an alternate major plan.

Cara bagaimana nak study

Designate a specific time for studying.

Cramming is not a reliable way to retain information.

Take understandable lecture and textbook notes.

Become a good listener in class and review your notes daily.

Organize your class materials prior to each study session.

Concentrate on the class material and keep in mind course objectives.

Ask for help early if needed (such as your professor or teaching assistants).

Tutoring assistance can provide a positive impact on your academic success.

Form study groups and partners. Keep everyone committed to studying, not small talk.

we are the only one ! :)

tip tip menulis karangan.(nadya)

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
1.      cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2.      cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3.      jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4.      jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan
Pengenalan    tinggal sendirian
                   baca buku cerita
Perenggan ke-2        mendengar suara riuh-rendah
                             menjenguk ke luar
                             suatu kebakaran berlaku
Perenggan ke-3        ramai orang mula berkumpul
                             cuba membantu memadamkan kebakaran
                             membantu memunggahkan barang
Perenggan ke-4        aku terus menelefon pihak bomba
                             ahli-ahli bomba tiba
Penutup                  kebakaran dapat dikawal
                             berasa sungguh gembira

we are the only one ! :)