Sunday 17 July 2011

BULI(nadya)

Pendahuluan
Jenayah dalam kalangan remaja belasan tahun di Malaysia bukan perkara baru, malah wujud sejak berpuluh tahun yang lampau. Antaranya ialah kegiaat samseng. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul fenomena baru, iaitu mereka bukan sahaja berani membelasah dan membuli , tetapi juga nekad membunuh.
Apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka yang disyaki ialah seseorang yang sememangnya dikenali oleh mangsa.
KPJS mengupas Isu ini.
Fakta Kes
Berikut, dipaparkan beberapa Fakta Kes Belasah, Buli dan Bunuh yang pernah ­mengisi muka depan akhbar-akhbar tempatan dan menjadi tajuk-tajuk utama siaran berita di kaca TV.
Kes 1 : (Nak Tunjuk Hero)
Pada 7 Julai 2004, polis telah menahan 15 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Pendang, Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerara disyaki merusuh dan membelasah dengan teruk Mohd. Isa Nayan, seorang pelajar sekolah sama. Mangsa dipercayai mengalami lebam di bahagian belakang, dada, dan pinggang, serta sukar untuk berjalan dan menerima rawatan di Hospital Alor Setar.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa dibelasah di dalam sebuah bilik di asrama sekolah berkenaan selepas berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan 15 orang pelajar terbabit. Selepas kejadian itu kumpulan 15 orang pelajar terbabit mengugut mangsa agar tidak melaporkan kejadian itu kepada guru atau warden, asrama.
Siasatan awal kes ini mendapat bahawa kumpulan 15 orang pelajar terbabit cuba menjadi dominan atau 'nak tunjuk hero' di sekolah yang baru dibuka dengan jumlah pelajar yang sedikit iaitu seramai 300 orang.
Tindakan awal yang telah diambil terhadap kumpulan pelajar terbabit. Selain disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana disyaki merusuh dan membelasah, mereka juga telah digantung sekolah selama 14 hari.
Kes 2 : (Gara-Gara Sebuah Cerek)
Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan Seremban Negeri Sembilan, dibelasah hingga mati di antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang, pada 28 Mac 2004 di Dorm Osman, Tingkat 2, Asrama Putera sekolah berkenaan oleh 8 orang rakan seasramanya akibat mangsa tidak meminjamkan cereknya kepada tertuduh.
Kelapan-lapan tertuduh sudahpun dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban Negeri Sembilan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 149 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati.
Kes 3: (Mati Akibat Teman Wanita)
Pada 7 Julai 2004, seorang mahasiswa undang-undang, Darren Kang Tien Hua dibelasah hingga mati oleh sekumpulan 11 orang lelaki yang sebahagiannya terdiri daripada pelajar.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa pergi ke sebuah restoran bersama-sama teman wanitanya. Mangsa menegur sekumpulan 11 orang lelaki yang asyik memerhatikan teman wanitanya. Teguran mahasiswa berkenaan mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan dia dibelasah dengan teruk hingga mati.
Ekoran kejadian itu, ke 11 lelaki terbabit termasuk beberapa orang pelajar telah ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseskaan iaitu membunuh. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Persoalan :
Berdasarkan paparan beberapa fakta kes yang telah saya utarakan tadi, kami benar­-benar mengharapkan agar kes-kes seumpama ini tidak wujud dan tidak akan wujud di sekolah kita.
Namun sebelum mengakhiri slot ini, KPJ S meninggalkan beberapa persoalan untuk sama-sama kita hayati dan fikirkan;
· Perlukah kita mengambil tindakan Buli, Belasah dan Bunuh terhadap rakan kita sebagai jalan penyelesaian masalah yang kita hadapi ?,
· Tidak ada cara lainkah yang lebih bermoral dan berakhlak yang boleh kita gunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi ?,
· Sudah tidak adakah Guru-guru Pengawas atau Guru Kaunseling tempat kita mengadu, berkongsi masalah atau melaporkan segala masalah yang kita hadapi ?
· Adakah kita akan hanya menyesali dan menginsafi perbuatan negatif kita setelah kita dikenakan hukuman berat seperti hukuman sebatan rotan, penjara dan hukuman mati ?
Fikir-fikirkan, Renung-renungkan, tepuk dada tanya iman.
Penutup :
Berdasarkan beberapa persoalan tadi, carilah jawapannya. Saya pasti hanya diri kita sahaja yang dapat memberikan jawapan yang terbaik.
INGAT…
JANGAN BULI KAWAN,
JANGAN BELASAH RAKAN,
JANGAN SEKALI-KALI BUNUH KAWAN,
TETAPI, JADIKAN PEDOMAN, PERKUKUH IMAN !


we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment