Sunday 17 July 2011

JENAYAH ROGOL (izzati)

Definisi:
Rogol boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan atau perlakuan seks ganas seperti memperkosa mangsa khususnya perempuan secara paksaan atau tanpa kerelaan si mangsa.
Pendahuluan :
Jenayah rogol semakin dahsyat dan berleluasa. Lebih teruk lagi mangsa diliwat dan dibunuh dengan kejam tanpa perasaan betas kasihan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussein Mahyuddin, 43 kes rogol dicatatka­n di ibu negara sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2004.
Apa yang lebih menakutkan, sebahagian besar jenayah berat ini dilakukan ­oleh golongan remaja lelaki dan mangsa rogol pula adalah terdiri daripada remaja perempuan termasuklah kanak-kanak.
Cukupkah atau wajarkah sekadar perempuan atau wanita disuruh berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa sedangkan lelaki bebas melakukan apa-apa sahaja? Apakah pendidikan ibu bapa terhadap anak-anak kini perlu dikaji semula berdasarkan pengaruh persekitaran seperti internet, VCD lucah dan sebagainya.
Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pasir Putih menyoroti jenayah seks, punca dan cara menanganinya.
Fakta Kes :
Berikut adalah, beberapa Fakta Kes Rogol untuk perhatian kita semua:
Kes 1:
Nurul Hanis Kamil, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub, Jasin Melaka dirogol dan diliwat sebelum dibunuh pada 3 Julai 2001 ketika pulang dari sekolah oleh seorang pelajar
lelaki berusia 17 tahun dari sekolah yang sama.
Kes 2:
5 Julai 2003, Petaling Jaya:
Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dihukum penjara 9 tahun setelah mengaku bersalah merogol adik kandungnya berumur 15 tahun.
Kes 3:
Mayat Siti Nadirah Budah, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan paya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sibuga Besar, Sandakan Sabah. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh ketika pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001.
Berikutan kejadjan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis.
Mengapa Jenayah Rogol Ini Boleh Berlaku ? :
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa punca jenayah rogol
Punca kejadian rogol :
1. Kurangnya pendidikan agama dalam kalangan perogol,
2. Kesedaran akhlak dan moral yang amat rendah,
3. Ketagihan dadah dan minuman keras yang boleh merangsang seks si penjenayah rogol,
4. Dorongan dan pengaruh VCD lucah dan internet yang amat berleluasa,
5. Pergaulan yang bebas dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan, dan banyak lagi.
6. Mangsa suka melalui jalan, lorong atau tempat sunyi atau kawasan semak,
7. Suka menggunakan jalan pintas (short cut) walaupun jalan tersebut semak­ samun atau berbahaya,
8. Mangsa suka berjalan bersendirian atau berseorangan tanpa teman,
9. Mudah menerima pelawaan orang lain dan mudah mempercayai kata-kata sama ada orang yang tidak dikenali atau baru dikenali,
10. Mangsa kebiasaannya mereka yang suka berkelakuan yang boleh menarik perhatian perogol seperti memakai pakaian mencolok mata iaitu pakaian ketat dan terdedah,
11. Mangsa juga biasanya yang suka berjalan atau berkeliaran pada waktu malam,
12. Menaiki kenderaan awam secara bersendirian, dan banyak lagi.
Jenayah Rogol sebenarnya boleh dicegah. Bagaimana ?:
Selain mengenakan hukuman yang berat terhadap penjenayah rogol, kita, khususnya kaum Hawa, boleh mengambil langkah awal untuk mengelakkannya :
1. Dengarlah nasihat kedua-dua ibu bapa, guru-guru atau orang yang lebih tua daripada kita.
2. Pelajari dan amalkan ilmu agama yang diberikan kepada kita,
3. Jangan mudah mempercayai kata-kata orang yang baru kita kenali,
4. Jangan sekali-kali mengikuti orang yang kita tidak kenali,
5. Elakkan berjalan secara bersendirian,
6. Jangan sekali-kali menggunakan jalan atau lorong atau kawasan yang sunyi, semak-samun atau gelap,
7. Elakkan daripada menaiki kenderaan awam seperti teksi apabila bersendirian,
8. Jika anda diperhatikan atau diekori oleh seseorang yang mencurigakan, segeralah melarikan diri ke tempat yang ramai orang.
9. Jika ada kelapangan, pelajarilah ilmu seni mempertahankan diri seperti Seni Silat, Tae Kwan Do, Karate dan sebagainya.
Penutup :
Berdasarkan paparan yang saya sampaikan tadi, saya mengharapkan agar `SLOT 5 MINIT CEGAH JENAYAH' ini dapat membantu kita untuk mencegah dan menghindari jenayah rogol, bukan sahaja dalam kalangan kaum Hawa tetapi kita semua termasuklah kaum Adam.
Ingatlah, JENAYAH ADA DI MANA-MANA,
Oleh itu, HINDARILAH JENAYAH, SAYANGILAH WANITA, JANGAN BIARKAN HIDUP MEREKA TERSEKSA DAN MERANA ! JANGAN BIARKAN HAWA NAFSU MENGUASAI DIRI KITA
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment