Saturday 6 August 2011

TIDUR WAKTU SUBUH RAMADHAN. Zuraini

     Menurut saya Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia.Banyak perkara yang bolah kita lakukan di bulan ramadhan dan banyak juga amalan yang kita tidak bolah lakukan di bulan ramadhan.Antara amalan yang tidak boleh dilakukan di bulan Ramadhan ialah...
  • Tidur di waktu subuh.
     Tidur sewaktu azan dikumandangkan sama ada waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak dengan tidak beresegera membuat persiapan untuk solat berjemaah atau tidak menyahut seruan azan adalah akhlak orang yang malas.Dia tidak pandai menilai apa yang berharga dalam kehidupannya.
  
     Orang yan bijaksana adalah oramg yang menyahut atau bersegera melaksanakan apa jua yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya, termasuk memenuhi seruan azan.Melaksanakan perintah Allah dan rasul-Nya boleh menghidupkan hati serta mendamaikan jiwa.

    Memang terdapat hadis Nabi S.A.W berkenaan orang yang tidur semasa azan dilaungkan.Namun tidak pula disebut orang itu berselimut dengan kulit babi iaitu bagi orang yang tidur pada waktu azan subuh pada bulan Ramadhan.Malah hadis yang lain pun tidak ada yang menyebut begitu.

     Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang yang tidak bangun daripada tidur sehingga luput waktu solat ialah orang yang telah dikencing oleh syaitan di dalam telinganya."

     Mudah-mudahan kita semua dijadikan oleh Allah dalam golongan orang yang suka, gemar dan rajin mengerjakan solat secara berjemaah.
(nor izzati ahmad)
   
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment