Friday 29 April 2011

Karangan Berpandu - Zuraini


KARANGAN BERPANDU


Penglibatan rakyat dalam bidang sukan semakin memberangsangkan.Hal ini demikian kerana rakyat sudah mulai sedar akan kepentingan bersukan.

Pembabitan dalam sukan mendatangkan impak positif.Sukan dapat mencergaskan tubuh badan dan mencerdaskan minda.Setiap orang dinasihatkan pergi bersukan kerana melalui aktiviti tersebut dapat menghilangkan tekanan akibat bebanan kerja.

Akhir-akhir ini, sukan juga dijadikan sumber pendapatan dan menjana ekonomi Negara.Sukan juga dapat menarik perhatian sejumlah pelancong datang ke Negara kita sekali gus merancakkan sector pelancongan negara.

Seterusnya, melalui sukan kita dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dan menjalinkan hubungan diplomatic antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain.

Bidang sukan mempunyai prospek yang cerah jika dilakukan dengan cara yang betul.Oleh itu, budaya bersukan perlu disemai untuk membentuk rakyat yang sihat dan negara yang kuat.

Disediakan oleh:
Jasreen Ariesha bt Zainuddin

we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment