Saturday 23 April 2011

Wawancara- kebaikan aktiviti ko-kurikulum

Aisyah:                   Salam sejahtera,cikgu. Saya Aisyah. Saya ingin mewawancara cikgu tentang faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah untuk dimuatkan dalam blog pelajr untuk dibaca oleh warga sekolah.
Cikgu Faridah:      Oh,begitu! Silakan.
Aisyah:                   Terima kasih,cikgu. Boleh cikgu ceritakan kepentingan aktiviti kokurikulum ini?
Cikgu Faridah:       Aktiviti kokurikulum di sekolah berperanan sebagai tempat untuk membentuk keperibadian pelajar. Pelajar perlu dididik untuk menjadi insan berakhlak mulia seperti jujur,tabah,dan bertanggungjawab. Bak kata peribahasa ,”melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Atas dasar itulah kokurikulum menjadi aspek yang dititikberatkan di sekolah.
Aisyah:                   Dapatkah cikgu jelaskan bagaimana aktivtiti kokurikulum itu mampu menjadikan seseorang pelajar itu sihat fizikal dan mentalnya?
Cikgu Faridah:       Terdapat pelbagai jenis badan beruniform dan aktiviti sukan yang boleh disertai di sekolah. Termasuklah bola sepak,hoki,olahraga,bola jaring,Kadet Polis,Pandu Putei dan Pengangkap. Kata orang,badan sihat otak cergas. Malah,para pelajar yang aktif dan berjaya dalam bidang kokurikulum biasanya mempunyai fizikal yang sihat dan daya pemikiran yang cerdas disebabkan pelbagai pengalaman yang dilaluinya.
Aisyah:                   Jadi,adakah cikgu beersetuju sekiranya aktiviti kokurikulum ini diwajibkan kepada setiap pelajar?
Cikgu Faridah:       ya,sudah tentu. Memandangkan aktiviti kokurikulum banyak memberikan faedah,memang sudah sewajarnya aktivi kokurikulum ini diwajibkan kepada setiap pelajar. Melalui cara ini,diharapkan generasi yang progrisf dapat dilahirkan bagi membangunkan negara.
Aisyah:                   Terima kasih cikgu atas huraian  yang panjang lebar berkenaan isu ini.
Cikgu Faridah:       Sama-sama.

we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment