Sunday 8 May 2011

Isu Dadah(nadya)

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang
mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau
nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,
ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian

serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,
kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu
dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan
mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah
merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang

fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan
khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang
berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah
dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar
Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua
pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.

Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini.Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan
pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan
bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama
mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,
pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa
atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan
penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha
terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan
dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan
mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan
dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat
ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment