Sunday 15 May 2011

Pendahuluan zulaikha
a. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi.
b. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kejayaan Malaysia di peringkat dunia. c. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah pembuangan bayi.
d. Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya?
e. Mengapakah hal ini boleh berlaku?

Isi 1
a. Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama kes pembuangan bayi berlaku.
b. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu terlibat dalam gejala negatif, antaranya ialah pergaulan bebas.
c. Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii.
d. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin.
e. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

Isi 2
a. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi berlaku.
b. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.
c. Hal ini bertambah teruk apabila mereka hergaul dengan rakan sebaya yang negatif.
d. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, tamsilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas.
e. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. f.Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka.

Isi 3
a. Sehubungan dengan itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku.
b. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya.
c. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.
d. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya daripada dipandang jijik oleh masyarakat.

Isi 4
a. Sementelahan itu, keluarga yang terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak juga menjadi punca masalah ini.
b. Hal ini kerana anak-anak yang terlalu bebas biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan .
c. Keadaaan ini mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah pengaulan bebas dan mengamalkan hubungan seks
bebas. d.Intihalnya, kebabasan yang diberikan oleh ibu bapa telah digunakan untuk melakukan gejala negatif seperti pembuangan bayi.

Penutup
a.Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku.
b.Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang efektif sebelum
keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara. c.Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment