Sunday, 19 June 2011

KEBAIKAN PERUBATAN MENGGUNAKAN HERBA - Zuraini

     Kemajuan perubatan di negara kita semakin canggih samaada perubatan secara moden yang dilengkapi pelbaga alatan sofistikated.Begitu juga dengan perubatan secara tradisional yang turut menggunakan tumbuh-tumbuhan herba sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

     Antara kebaikan perubatan secara tradisional ialah kos perubatan yang lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan secara klinikal.Bahan-bahan perubatan diperoleh dari kawasan tempat tinggal kita.Sebagai contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat darah tinggi, daun misai kucing dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, daun bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam.

     Selain itu, perubatan tradisional merupakan perubatan alternatif kepada perubatan moden.Kadang-kadang terdapat penyakit yang tidk dapat diubati dengan perubatan moden seperti santau.Oleh hal yang demikian,pengamal rawatan tradisional yang dikenali sebagai bomoh atau tabib akan dirujuk oleh pihak pesakit.

     Kini, pihak kerajaan telah menyedari akan kebaikan ubatan tradisional dan menyokong industri ubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herba.Industri ini diharap akan terus berkembang demi kesihatan sejagat.
we are the only one ! :)

1 comment: