Tuesday 13 September 2011

Kegagalan membawa kejayaan (izzati)

“Saya ingin memulakan usaha ini tapi…. ..” Adakah anda boleh menjelaskan masalah ini ? Apa yang menghalangi anda? Ketika saya menanyakan hal ini pada orang lain secara peribadi, jawapan yang paling banyak diberikan adalah takut gagal. Mereka mengatakan seperti “Saya ingin memulai usaha ini tapi saya tidak tahu apakah orang akan tertarik membeli produk ini.” atau “Saya ingin memulai usaha kecil tapi saya tidak berani menjual .” Atau “saya ingin memulai usaha kecil tapi saya tidak tahu bolehkah saya mendapatkan wang yang cukup untuk hidup .” Halangan untuk memulai usaha sebenarnya bukan dari produk atau menjual atau wang – tapi ketakutan dalam diri anda. Sekarang ketakutan yang menyelamatkan anda dari tercedera pada fizikal, seperti ketakutan ketika melihat harimau di depan anda, ini adalah hal yang wajar. Tapi jenis ketakutan yang menghalangi untuk melakukan hal baik untuk anda, bukanlah ketakutan yang wajar . Takut gagal adalah yang menghalangi anda dalam memulai usaha, Anda harus melawannya. Bagaimana Anda boleh melakukannya ? Anda harus melakukan dua hal ini : 1. Bersiap untuk berjaya 2. Merubah sikap anda terhadap kegagalan 1) Bersiap untuk berjaya Anda harus lakukan perkaran ini untuk mempersiapkan diri anda menuju kejayaan. Anda sudah tahu bagaimana anda gagal. Anda akan gagal jika anda tidak melakukan apapun atau melakukan hal yang bodoh. Tapi bagaimana anda boleh berjaya ? Dengan menemukan secara tepat apa yang anda perlukan untuk berjaya dan memastikan keperluan tersebut dipenuhi. Misalnya, jika saya ingin memulai usaha kecil dengan menjual alat solek atau barangan kosmetik dan untuk menjadikan bisnes ini berjaya, saya harus melakukan tiga hal penting dibawah : * cukup banyak orang yang ingin membeli alat solek dan produk yang saya jual * produk dengan mutu dan harga yang kompetitif dimana orang ingin membelinya * cara untuk membawa keduanya bersamaan (orang dan produk ) Apa yang harus saya lakukan adalah bagaimana memenuhi keperluan diatas ini. Cara terbaik melakukannya adalah bekerja dengan business plan. Dengan menggunakan business plan, ia akan memberikan detail bagaimana anda melakukan, apa yang harus dikerjakan dan menjalankan usaha kecil dengan berjaya. Business plan anda nantinya akan mempengaruhi blue print kejayaan. 2) Ubah perilaku Anda terhadap kegagalan Mengapa anda takut gagal ? Kebanyakan orang takut gagal kerana salah satu dari dua alasan ini : * Kegagalan membuat anda menjadi seorang “loser” yang diremehkan. * Anda boleh kehilangan semua wang dan atau harta. Dua hal tersebut adalah pandangan yang salah. Kegagalan tidak akan merubah genetik atau kepribadian anda. Ini mempengaruhi beberapa orang untuk bertindak negatif, tapi dirinya sendiri tidak negatif . Adakah anda akan menjadi “loser” jika anda gagal ? Hanya jika anda menginginkannya. Apakah orang lain akan merendahkan Anda ? Mungkin sebahagian orang sahaja. Anda tidak perlu ambil kisah dengan fikiran orang lain dan tindakan orang lain – jadi mengapa memperdulikan mereka ? Mungkin anda tidak boleh menghilangkan ketakutan anda. Tapi, ketika anda bangun untuk mencapai kejayaan, Anda boleh mencapainya. Jadi mengapa tidak mulakan dari sekarang ? Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya, “Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas”? Jawabnnya, “Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!” Adakah anda kenal Jackie Chan? Ikon Asia yang sangat popular di mata dunia dan diminati oleh semua golongan.Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Saya sendiri pun suka tengok aksi2 dia namun…… adakah ia semudah yang difikirkan? beliau berusaha untuk mempelajari taekwando, judo, ,wing chung dll selama 18 jam sehari Begitu juga dengan orang2 lain yang telah berjaya - Dato Lee Chong Wei - Nicole Ann David - Lance Arm Strong semuanya berjaya dengan mandi peluh Teringat pula saya pada satu lirik nasyid “BERJUANG MEMANG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS”. Lihatlah perjuangan Insan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W. Perjuangan baginda amat payah pada mulanya baginda dihina, dicaci, dilempar najis, diludah dll. Namun, berkat kesabaran dan iman yang tinggi lihatlah Islam kini tersebar ke seluruh negara malah Islam pernah menguasai 2/3 dunia dan melahirkan tokoh2 yang hebat seperti Al-Haitami, Al-Jazari, Ibn Sina, Al-Ghazali dan lain2. Merekalah yang mencipta pelbagai teknologi n ideologi yang digunakan sehingga kini. Orang bijak berkata, dalam hidup itu hanya ada dua pilihan, berjaya atau gagal. Begitu juga dalam pekerjaan. Tentu saja semua orang akan memilih kejayaan. Tapi siapa yang dapat menolak jika ternyata kegagalan masih juga menghampiri anda, padahal anda sudah berusaha sekeras mungkin? Kegagalan sebetulnya merupakan hal yang manusiawi, kerana tidak semua manusia biasa mencapai hasil yang diusahanya. Berdasarkan pengalaman, banyak orang yang sangat trauma pada kegagalan, sehingga sampai menimbulkan stress dan depresi bahkan sampai menimbulkan gangguan jiwa. Ada beberapa orang yang takut gagal sebelum bertindak. Sikap ini jelas sangat tidak bagus untuk perkembangan mental anda. Semua orang pasti pernah mengalami kegagalan. Baik itu kegagalan di dalam perdagangan, kegagalan dalam pernikahan, kegagalan dalam kuliah, kegagalan dalam pekerjaan dan lain sebagainya. Bahkan orang-orang besar yang terlihat bergelimang kesuksesan sekalipun pasti pernah mengalami kegagalan di dalam hidup mereka. Berikut ini adalah beberapa langkah sederhana yang dapat kita lakukan pada saat kita menghadapi kegagalan: 1. Pasrah kepada Tuhan ”Segala hasil dari perbuatan, tindakan dan usaha yang kita lakukan, adalah merupakan Hak Tuhan untuk menentukannya. Kita sebagai manusia hanya boleh berusaha semaksimal mungkin.” 2. Ambil Hikmah ”Pengalaman adalah guru terbaik. Baik itu kegagalan ataupun kejayaan.” Hal ini mengatakan bahwa dari semua kegagalan yang kita hadapi, kita harus tetap berfikiran positif, dan harus dapat mengambil pelajaran atau iktibar dari kegagalan tersebut. Kita harus sedar bahwa risiko dari semua tindakan yang kita lakukan adalah berjaya atau gagal. 3. Istirehat Tiap kegagalan tentu akan memancing emosi seseorang. Seperti marah, sedih, iri dan lain sebagainya. Tentu saja efek emosional ini akan mengganggu aktiviti yang akan kita lakukan. Oleh sebab itu ada baiknya apabila kita mengambil istirehat sejenak ketika mengalami kegagalan. Istirehat ini akan memberikan waktu pada diri kita untuk dapat menghindari efek emosional yang mungkin timbul. Panjang waktu istirahat yang diperlukan tergantung dari kegagalan yang kita hadapi. Untuk kegagalan ringan, mungkin kita hanya cukup untuk berwudhu’ dan melakukan solat (bagi orang Muslim). Tetapi jika sebuah kegagalan besar, mungkin istirehat yang diperlukan berupa hiburan dan rekreasi. 4. Bertanya Apabila fikiran kita telah kembali jernih, maka kita harus dapat mengetahui penyebab dari kegagalan yang kita alami. Banyak cara yang dapat kita lakukan seperti dengan merenung sendiri, atau bertanya kepada teman, orang tua, guru, atau sesiapa sahaja. Setelah kita tahu apa penyebab dari kegagalan yang dihadapi, maka kita dapat menyusun sebuah peta kekuatan baru mengenai kelemahan dan kekuatan yang dimiliki. 5. Memulai kegiatan baru Memulai suatu kegiatan baru, merupakan salah satu kunci agar seseorang tidak tenggelam di dalam kegagalan. Untuk memulai kegiatan baru, kita haruslah benar-benar siap untuk melakukan hal-hal terbaik yang dapat dilakukan. Tetapi kita juga harus menyedari dari awal, seluruh kegiatan yang kita mulai dapat berakhir pada kejayaan ataupun kegagalan. Dan janganlah lupa untuk menggunakan peta kekuatan baru yang kita miliki. Ada dua kesempatan yang dapat kita lakukan. Pertama adalah tujuan baru dengan cara lama atau tujuan lama dengan cara baru. Kedua, tujuan baru dengan cara yang baru. Jangan patah semangat, jadikan kegagalan itu sebagai cermin untuk menuju kejayaan, yang penting jangan berhenti berusaha dan juga berdoa. By ; ZURAINI IZZATI
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment