Wednesday 28 September 2011

"MENGISI KEHADIRAN RAMADHAN"(pikah)
Bagi setiap mukmin, menjelangnya  Ramadhan amat dinantikan kerana ia adalah bulan yang sangat istimewa untuk meraih fadhilat dan ganjaran yang tidak terhingga lebih dari bulan yang lain. Istimewa dan mulianya Ramadhan kerana seluruh umat Islam BERPUASA bersama. Meninggalkan makan minum dan seluruh perkara yang membatalkan puasa dan pahalanya kerana Allah s.w.t. Nabi bersabda: „Berapa banyak orang yang berpuasa , tiadalah ada baginya melainkan lapar dan dahaga sahaja"(Maksud hadis). Puasa adalah satu tarbiyah kepada seluruh umat Islam  agar menjadi orang yang bertakwa disamping ianya amat baik dari sudut kesihatan.


Dalam bulan ramadhan juga adanya SOLAT TARAWEH dan SOLAT WITIR Terpulang kepada kita untuk melakukan Solat teraweh  8 rakaat (zaman nabi ) atau 20 rakaat( zaman saidina Umar al-khattab ) atau 36 rakaat ( zaman Umar Abd Aziz ). Tidak perlu bertelingkah mengenai bilangan rakaat kerana ia adalah amalan sunat. Yang perlu dipertikaikan ialah golongan yang yang lansung tidak mahu bersolat taraweh.

Kita wajib membayar ZAKAT FITRAH atau zakat badan disamping meneruskan mengeluarkan zakat-zakat yang lain. Semuanya ini adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh orang yang layak bagi membantu orang yang berhak menerima zakat. Jika sistem ini benar-benar berjalan dalam negara kita maka sejahteralah tahap kehidupan masyarakat Islam.
Kita juga digalakkan untuk BERSEDEKAH dalam bulan ramadhan kerana ganjarannya melebihi dari ganjaran yang diterima dalam bulan-bulan yang lain. Nabi menyatakan:"Orang yang memberi makan kepada orang yang berpusa akan mendapat ganjaran sebanyak mana orang yang diberi makan itu berpuasa" (Maksud hadis )
 Nabi s.a.w BERTADARUS dengan Malaikat Jibril pada Bulan Ramadhan , maka kita juga patut mengikuti amalan nabi s.aw. Bukan sekadar membaca dengan betul tetapi menghayati dan melaksanakan tuntutan dari ayat-ayat yang dibaca. Nabi bersabda:" Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan digandakan dengan sepuluh" ( Maksud hadis )
 Sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan adalah malam yang penuh keberkatan dan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Itulah LAILATUL QADAR atau MALAM QADAR. Lakukan semaksima dan seikhlas ibadat bagi memastikan Lailatul Qadar dapat diraih kebaikkannya.
 Turunnya Al-Quran  pada Malam Qadar dimana  disetiap tempat samaada masjid , surau, sekolah , pejabat mengadakan program NUZULUL QURAN. Al-Quran diturunkan bukan sekadar dibaca tetapi diamalkan segala undang-undang dan peraturan yang termaktub didalamnya. Firman Allah s.w.t: „Bulan Ramadhan yang dioturunnya padanya Al-Quran adalah menjadi petunjk kepada manusia dan yang membezakan diantara hak dan yang benar"
Sejarah berlakunya PERANG  BADAR yang berlaku dalam bulan ramadhan menyuntik semangat kita apabila bilangan sedikit tetapi beriman dan bertakwa dapat mengalahkan bilangan yang lebih besar dengan izin Allah dimana tentera Islam yang berjumlah 313 orang dapat mengalahkan musuh yang berjumlah 1000 orang.
Kita juga amat digalakkan untuk menghidupkan malam-malam ramadahan dengan QIAM RAMADHAN iaitu melakukan qiamullail atau solat pada malam hari memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Nabi menyatakan: „ Sesiapa yang menghidupkan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengira pahala disisi Allah maka akan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu"( Maksud hadis ). Sama samalah kita menghayati RAMADHAN.
Oleh :
Bahagian Pengurusan Dakwah
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment