Tuesday 27 September 2011

SEMANGAT KEJIRANAN (zulaikha)


Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamanan
yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan
persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan,
keselamatan dan ketenteraman di negara ini.
Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh
pemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara
kita ini selamat, dan aman. Keamanan dan ketenteraman ini pula menjadikan negara kita
lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun.
Keamanan dan ketenteraman inilah yang hendak kita pertahankan. Kalau kita tidak
berusaha mempertahankan keamanan, negara akan menjadi kacau bilau dan huru hara.
Keamanan tidak akan tercapai kalau kita tidak mempunyai suasana yang baik dan jika tidak
wujud perpaduan. @Rakyat harus menghargai dan mensyukuri keamanan. Sekiranya negara
menjadi huru hara, pemulihan untuk menjadi aman semula bukan suatu perkara yang mudah
untuk dilaksanakan.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan contoh ampuh untuk
dijadikan iktibar.
Konsep kejiranan serta konsep persaudaraan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan.
Konsep kejiranan dan persaudaraan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dianjurkan
oleh Islam. Suatu nilai yang paling utama dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan dan
kejiranan ada hubung kaitnya dengan dengan persaudaraan, atau ukhuwah. Melalui
persaudaraan dan semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih , sayang menyayangi,
bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk tolong-
menolong, ingat-mengingati, tegur-menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya
begitu lemah jika tanpa berjiran.
Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga akan dapat menghilangkan
perasaan iri hati, berdengki, bermusuh-musuhan dan sifat-sifat negatif lain yang boleh
membawa kepada perpecahan. Jika kita dapat benar-benar mengamalkan semangat kejiranan
akan timbullah sifat bersih hati dalam kalangan masyarakat.
@Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu,jiran ialah orang
yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau
musibah. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Mempunyai jiran yang berbeza
latar belakang akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada kita.
@Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat
daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui
Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti
bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari
berlaku perkara- perkara yang meragukan.
Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya
mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Kita hendaklah membiasakan diri
bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada
amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa
masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup.

we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment