Tuesday 20 September 2011

punca-punca berlakunya tanah runtuh(nadya)

     Dalam era modenisasi ini,kita dibanjiri dengan kepesatan ekonomi dan
teknologi yang semakin berkembang.Namun,Perkembangan ini bukan sahaja memberikan
kesan psitif malah,ia turut memberi kesan yang negatif.Bencana banjir kilat dan
tanah runtuh antara kesan negatif yang dibawa oleh arus pemdenan
ini.Persoalannya,apakah punca-punca kejadian seperti ini? 

     Antara
punca berlakunya tanah runtuh termasuklah kemajuan dari sektor ekonomi.Ekonomi
yang semakin meningkat,secara tidak langsung telah membawa kepada kejadian
ini.Bencana ini berpunca daripada aktivit-aktiviti yang tidak terkawal seperti
kegiatan pembalakan.Disebabkan ingin mengaut keuntungan,manusia sanggup
melakukannya tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kepada kehidupan flora dan
fauna. 

     Selain itu,pembukaan petempatan di kawasan bukit telah
menyebabkan berlakunya tarahan bukit.Penebangan pokok yang tidak terkawal boleh
menyebabkan hakisan tanah.Ini kerana,struktur tanah sudah menjadi longgar
disebabkan ketiadaan pautan akar pada pokok. 

     Banjir kilat
seringkali berlaku di kawasan yang semakin membangun seperti bandar.Petempatan
ini seringkali dikaitkan dengan bencana banjir kilat terutama sekali apabila
musim tengkujuh.Hal ini kerana bandar merupakan kawasan yang bertanah pamah dan
ditambah lagi dengan pengurusan sistem perparitan yang tidak
diselenggara.Sehubungan dengan itu,sikap "melempar batu sembunyi tangan" menjadi
pendorong kepada berlakunya banjir kilat di mana sampah yang dibuang oleh
manusia akan menyebabkan parit tersumbat. 

     Selain berfungsi
sebagai penyerap karbon dioksida,pokok-pokok juga berperanan dalam menjadi agen
penahan air yang deras akibat hujan lebat yang berlaku di kawasan berbukit
berhampiran dengan kawasan bandar.JIka pokok-pokok tidak ditanam di kawasan
bandar,sudah tentu bencana tersebut akan melanda ke kawasan tersebut.Sebagai
akibat,bencana ini akan memusnahkan segala harta benda dengan sekelip mata.


     Kesimpulannya,bencana alam sebegini hanya akan memberikan impak
yang buruk kepada kita.Sebagai seorang manusia yang bertamadun kita haruslah
sentiasa berusaha untuk mengelakkan bencana seperti ini daripada terus berlaku
dengan mengambil iktibar daripada bencana tersebut. 
Oleh itu kita haruslah
berusaha menangani masalah ini bak kata pepatah "bumi kita tanggungjawab
bersama".
we are the only one ! :)

No comments:

Post a Comment