Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan
oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,
kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai
satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak
sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan
pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.
Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca
yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah
drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya
ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran
tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan
itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar
juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar
menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh
dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

No comments:
Post a Comment