dan angin monsun yang
serius serta kaya dengan sumber-sumber alam. Walau bagaimanapun, sudah terang lagi
bersuluh bahawa pencemaran alam yang merangkumi pencemaran air dan udara sering berlaku
secara mendadak dan bermaharajalela, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini amat
membimbangkan masyarakat sejagat. Sebelum nasi menjadi bubur,
pelbagai prakarsa yang drastik
dan proaktif perlu diorak oleh setiap rakyat dan janganlah bersikap hangat-hangat tahi ayam. Persoalannya, pernahkah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam tersebut
kerana bak kata pepatah, masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin?
Salah satu
faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran
udara ialah kilang dan kenderaan yang mengeluarkan asap yang berbahaya. Hal ini demikian kerana, asap yang dikeluarkan mengandungi gas karbon monoksida dan gas karbon dioksida. Gas tersebut dapat menyebabkan penyakit berbahaya seperti sesak nafas, penyakit kanser dan katarak
mata. Impaknya, pencemaran udara, kesan rumah hijau, jerebu dan hujan asid akan berlaku sekiranya hal
ini masih tidak terkawal.
Selain itu, pembuangan sampah sarap secara tidak sistematik juga menyebabkan pencemaran air. Dalam meniti arus kemodenan ini, pihak masyarakat sentiasa membuang
sampah sarap di merata-rata tempat ataupun di dalam sungai. Tindakan yang tidak bertanggungjawab dan mencintai
alam sekitar ini bukan sahaja mencemari sungai yang merupakan sumber keperluan asas manusia, tetapi hal ini juga menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai mati. Natijahnya, rakyat Malaysia akan mengalami kekurangan sumber air dan hidupan akuatik musnah.
Jika kita tinjau dari sudut pandangan
yang lain, penebangan hutan secara tidak terkawal dan
haram juga merupakan punca berlakunya pencemaran udara
. Yang perlu kita pastikan ialah hutan merupakan sumber yang perdana
kepada manusia. Namun begitu, tindakan manusia yang menebang hutan secara berleluasa ini telah mencetuskan kesan negatif sama ada kepada manusia mahupun flora dan fauna. Impaknya, kesan rumah hijau akan berlaku serta flora dan fauna mengalami kehilangan habitat.
Di samping itu,
penebangan hutan secara tidak terkawal dan haram
juga menyebabkan permukaan bumi terdedah pada agen-agen hakisan.
Air hujan, misalnya dengan mudah dapat menghakis permukaan bumi yang terdedah lalu menyebabkan pengaliran bahan mendakan yang banyak ke dalam sungai. Impaknya, pencemaran air akan tercetus,
iaitu sungai akan menjadi kotor dan berkeladak serta dasar sungai akan menjadi cetek. Apabila hujan turun dengan lebatnya, air sungai mudah melimpah lalu membanjiri kawasan sekitarnya.
Akhirulkalam, kegiatan manusia menjadi punca berlakunya pencemaran alam sekitar. Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlu berganding bahu dan
menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk membendung kontroversi ini. Janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing semasa hal ini berlaku. Bukan itu sahaja, setiap rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan bekerjasama mewujudkan semangat kekitaan supaya kemelut ini dapat diselesaikan, bak kata pepatah bersatu teguh,
bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Lantaran itu, langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah juga perlu
diambil oleh pihak perkenaan.
Tepuk dada tanyalah selera, apakah malapetaka yang amat dahsyat akan didatangkan seandainya kemelut ini tidak dapat diatasi secara berkesan?
No comments:
Post a Comment